Kisah seorang kawan…

Dia boleh tdo pkl 12 dan bgn pada pkl 5 pagi..tapi tu sbb 6.30 subuh dah abeh di sana. Dan die dah tak tdo di siang hari.

Dia juge tak minat nak tgk tv unless berite..

Aku pun if kat umah sewe takde ati nak tgk tv..tapi bile di umah..pergh..susah nak melawan diri dari tgk tv kdg2 tu.

Baki cuti semester…

Setelah lebih 2 bulan bercuti, kini penghujungnya telah semakin tiba. Kini tinggal lagi 7 hari sahaja berbaki. Yup ! Tidak banyak yang dapat aku siapkan jika nak dibandingkan dengan cuti lebih daripada 2 bulan yang telah aku sia-siakan sebelum ini.

Yang dah lepas dah tak boleh nak diulang lagi. Yang datang ni perlulah kita gunakan. Kalau tak guna, duk ulang kesesalan yang samalah. Antara perkara yang aku harap dapat dan mesti settlekan sebelum habisnya cuti ini :

  1. lancarkan ebook aku
  2. talk di sentul
  3. habiskan sebuah 3 buah buku iaitu formula solat, how to dan goals. Actually susah nak abehkan 3 buah. 2 buah ok. Tapi takpe. Saje nak letak tinggi sikit.
  4. ready untuk start kuliah. Tahukan ape yang nak dibuat nanti
  5. tinggalkan bilik dalam keadaan yang menyejukkan mata 🙂

Dah ada pengunjung daripada kalangan adik-adik :)

Baru sebentar tadi ada satu comment yang aku terima daripada pelajar sekolah di rawang yang aku pergi baru-baru ini. Akhirnya apa yang aku pernah fikirkan jadi kenyataan jugak. Sebab tu satu masa dulu aku pernah disablekan blog ini daripada search engine.

Yerlah. Segan pun ada bila adik-adik yang aku bagi talk baca blog ni. Tapi tidak mengapa. Buat masa ni, aku rasa okey. At least diorang tahu, aku juga manusia biasa. Hadapi cabaran yang sama seperti orang lain. Ada sifat negatif seperti orang lain. Tapi kita kenalah harunginya sehingga kita berjaya dapat apa yang kita impikan.

So, welcome to my blog adik-adik 🙂

Boleh lihat apa yang beliau comment di sini .

Paper group aku terpilih…

Aku igt paper aku memang dah tak terpilih untuk conference marketing tu. Aku ni jenis yg tak begitu optimis plak. Tapi satu hari tu, dapat email dari Dr. Faridah.

“Dear Khairul,

Just to inform you and colleagues that the INCOMAR committee has decided that education and halal group are the only 2 papers that are approved for presentation during the conference.”

Aku punye group wat pasal education tu. Tapi if ikutkan ati, memang aku taknak present. Lagipun Karem si cikgu BI dari Arab Saudi tu dah ade kat Malaysia dah time tu.

Tapi if nak difikirkan secara positive, bagus gak aku present sbb ni lah conference first and last yg mgkin aku berpeluang present paper. Hurm…

Apapun, alhamdulillah.

Berapa harga rumah di akhirat yang sanggup kita bayar ?

pic23247

Jika di dunia, kita sanggup berhabis ratusan ribu ringgit untuk membina rumah impian. Melengkapkannya dengan perabot mewah, penghawa dingin dan pelbagai aksesori lain untuk keselesaan kita.

Tapi bila dalam bab bersedekah, berapakah jumlah yang paling banyak pernah kita sumbangkan? Padahal, apa yang kita berikanlah merupakan aset kita yang kekal dan boleh dibawa ke akhirat kelak. Apa yang kita beli di dunia untuk diri sendiri akan ditinggalkan setelah kita mati kelak.

Jika hampir ratusan ringgit sanggup kita belanjakan untuk membeli sehelai baju, adakah kita ingin memakai baju yang bernilai RM1.00 je di akhirat kelak? Yerla. Derma ikhlas kita di masjid hanyalah RM1.

Renung-renungkanlah kf. Jangan kedekut dan asyik fikir diri sendiri di dunia sahaja 🙂

The best ever skool…hehe.. (so far lah)

Semalam aku diberikan peluang untuk berikan talk di sebuah sekolah menengah di Rawang. Aku pergi seorang diri tanpa ditemani sesiapa pun. Dalam pukul 8 pagi, talk dimulakan. Ia berakhir sekitar pukul 1 petang dengan rehat lebih kurang 30 minit di tengah-tengahnya.

Bile tengok tentatif program pun aku dah cuak sebab bayangkan, diorang kene dengar aku bagi talk 3 jam secara terus menerus dan rehat 30 minit dan sambung lagi dengar untuk 1 jam 30 minit selepas itu. Tengah-tengah hari tu. Bukan ada air cond pun.

Ini juga merupakan talk aku yang paling panjang duration yang pernah aku buat. Dan ada satu slot yang memang aku tak pernah sampaikan sebelum ini iaitu tentang teknik belajar. Aku pada mulanya ingat, inilah talk yang paling teruk aku buat disebabkan pelbagai faktor di atas.

Tapi rupa-rupanya, alhamdulillah. Inilah talk yang aku paling puas hati dengan penyampaian aku dan juga dapat peserta yang terbaik pernah aku jumpa. Diorang kira beri perhatian, supportive, aktif, dan ceria. Salah satu sebab yang menyumbang kepada perkara ini adalah kebanyakan mereka hadir tanpa dipaksa. Program ini terbuka. Siapa yang minat, boleh datang.

Bila aku sampai rumah, aku dapatlah satu email dari student sekolah tu. Di bawah in extract daripada email beliau :

“hai,abg KF…sy pljr dri SMK *******…hehe..sronok la cramah abg pg tdi..x rugi sy dgr..hrp2 nnti abg dtg lg sek sy..”

Di bawah ni aku share kan dengan korunk pic aku sempat tangkap ari tu. Ni aku tangkap dari depan. Name pun datang sorang. Nak mintak cikgu yang tangkapkan gambar aku seganlah pulak. Huhuhu.

100_1402Pada 23 hb (Selasa) pula, aku diberi peluang buat talk di sebuah sekolah di Ampang. Yang ini aku pergi dengan Pian. Thanx yer Pian sebab sudi teman aku. Untuk sekolah ni pun, aku boleh tahanlah puas hati. Tapi di luar dewan ni pun ada dalam 1 per 5 lagi student duk borak-borak, lepak-lepak, baca surat khabar 🙂

Kat bawah ni gambar yang Pian tangkapkan keadaan di dalam dewan.

100_1382

Dapat kerusi besh !

Hari ni akak aku amek kerusi merah aku kat umah ni. Die gantikan ngan kerusi office die yang sgt besar dan selesa [tapi if dah berpeluh, tak selese gak.Hehe]. Akak aku yang lagi satu tengok pun die jeles. Yerla. Die kate kat office die kerusi takla smpai camni sekali. Padahal gaji die dah lebih 3k.

Tapi aku nak rase duk kat kerusi best ni pun smpai abeh cuti ni je pun. Lepas ni aku tukarlah ngan kerusi akak aku yang kat master bedroom tu. Kerusi tu diguna oleh ayah aku dan die. Tapi kerusi ni mmg best. Hand rest pun best. Dan rase lainlah if duk atas ni dan buat keje.

See ! Kerusi pun leh wat kite rase best. So, pada orang-orang yang dah jadi bos nanti, bagi kerusi best-best kat anak buah anda okey !

Walaupun dah ada kerusi best, aku masih tak siapkan utk talk pada 25 hb ni. Dah try nak prepare siang tadi. Tapi ternyata sangat sukar. Malam plak leh layan Smallville. Untuk talk 23 hb alhamdulillah. Dah ready. Dah lame gak tak wat talk ni. Rindu pun ade. Echeche.

Dan apa yang best ialah 23 dan 25 ni ialah di skolah menengah. So, takdelah semencabar di depan budak darjah 2 ! Tapi untuk yang 25 ni beratlah. Kene wat talk 3 jam straight dan rehat 30 minit sebelum disambung dengan talk selama 1jam setengah lagi. Abehla budak-budak ni kene tengok muke ari satu ari suntuk kat sekolah tu.

Tadi aku belek-belek Al-Islam yang ayah aku beli [jarang kot beliau beli majalah]. Aku bace tentang Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir. Dia yg mengepalai 25 hospital KPJ. Jcorp punye kronilah. Die ade mention pasal die dah ade great team. Diorang mampu pulihkan hospital yang diambil alih dan menjadikannya profitable.

Igt tak aku ade tulis pasal team sblm ni? Dan dia ada sharekan bahawa dia tidur pkl 11 malam dan bangun pada pukul 4 pagi setiap hari. Bestkan if berjaya jadikan diri kita kurang tidur sepertinya ?

Mengurus Wang dalam Perniagaan

Sering kali dalam menjalankan perniagaan terutamanya yang sampingan ni, kita agak tidak sistematik dalam menguruskan wang yang diperoleh. Jadi apakah penyelesaian mudah agar wang yang kita dapat daripada perniagaan tersebut tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.

Kalau semua duit dari perniagaan kita anggap macam duit sendiri dan boleh digunakan untuk berbelanja membeli belah, sampai bilalah syarikat tidak akan berkembang. Kita juga sampai bila pun takkan kaya. Baiklah. Penyelesaiannya ialah buka akaun syarikat. Tu je? Yup! Tu je. Hehe.

Untuk buka akaun di Maybank misalnya, perlukan RM2k. Aku pun takde duit banyak tu. Ape lagi. Pinjamlah. Bile akaun dah bukak, terus mintak untuk pakai online banking dan terus transfer duit yang dah dimasukkan ke dalam akaun personal kite. Lepas tu pulanglah duit tu pada orang yang berkenaan. Itulah yang aku lakukan 🙂

Selain itu, wujudkan juga catatan perbelanjaan keluar masuk. Gunakan Microsoft Excel. Paling malas pun, buat duit in dan out serta description ringkasnya. Tu je. Pakai formula tambah tolak je pun. Dan wujudkan juga buku catatan kewangan. Ini digunakan untuk mencatat sementara kita dapat jumpa dengan komputer.

Satu fail kertas kewangan juga hendaklah diadakan. Simpan segala resit dan hal-hal kewangan dalam fail tu.

Ni tips basic je. Dah dapat buat ni, usahalah untuk tambahkan lagi kesistematikannya lagi 🙂

Bagaimana nak berubah menjadi lebih baik?

Ramai diantara kita sentiasa mengimpikan untuk berubah menjadi lebih baik. Salah satu caranya ialah dengan memaksa diri kita melakukan perkara tersebut secara berterusan setiap hari. Paling kurang, selepas seminggu, kalau kite tak wat mende tu or tertinggal ke, msti kite akan rase sedikit kehilangan atau rasa serba salah.

Tu baru seminggu. Cuba paksa selama sebulan. Tapi kalau disebabkan orang lain yang paksa, hasilnya mungkin tidak begitu mengujakan. Contoh kene pakse ialah kat sekolah dulu, semua student kene pakse solat berjemaah 5 waktu. Hasilnya ? Kurang berkesanlah. Unless orang yang memakse diri sendiri dan dah berjaya ikhlaskan diri untuk buat mende tu. Barulah ia akan kekal. If tak, wat time kat sekolah dulu jerlah 🙂

Apepun, janganlah berputus asa if nak berubah tu k. Allah takkan uji kita dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh kita.

Tadi aku tgk dalam tv rupe pengarah cite di atas ni. Tgk dia biasa je. Tapi dapat hasilkan cite yg ditunggu-tunggu dengan penuh excited oleh jutaan orang. Tarikh tayangan pun sume orang igt. Gile !

So, dari segi fizikal, hampir tiada beza orang yang sangat berjaya dengan kita. Dan aku terbace dari buku Adam Khoo siang tadi, untuk create sesuatu yang hebat, kita perlukan team yang hebat. Bile dah ada orang hebat dalam team, then kite lehla merencanakan hala tuju yang hebat dan realisasikannya.

PS:Angan-angan aku terkini aku nak beli dan bace buku million dollar habit dan eat that frog ! . Kedua-duanya Brian Tracy yang tulis. Tapi aku kenalah habiskan dulu buku-buku yang berlambak-lambak tu. Hehehe

reti tak solat mayat?

tadi lepas solat asar…aku bla macam tu jer..padahal mmg tau dah ada mayat yg terkujur kaku di tengah2 ruangan masjid..bkn ape..aku niat pun dah lupe..bacaan apatah lagi..

actually nak refreshkan jap je..tapi nak tanye sape tadi..mak dah lame dah pesan..blaja solat mayat..cume aku terpikir tadi..if tun m yg meninggal..brp orglah yg akan solat dan mendoakan kesejahteraan dia..

urm..tapi if anwar yg meninggal pun..ramai je kot..hehe..

bagaimana menghilangkan ngantuk secara spontan ?

pernah kan time kat skolah dulu..ngntuk gile..pastu tetibe cikgu kantoikan..macam sindir ke..tanye soalan yg tak dapat dijawab..pergh..pastu mesti terus segar bugar dan cerah dunia !

tadi aku ngantuk gile..mmg dah beyond reasonable doubt dah..hehe..pastu landingla atas katil smbil belek mende..pastu berjaye gak tertido..baru di stage tdo2 ayam..

tetibe telefon berbnyi..telefon dari org yg aku tak kenal..rupe2nyer ade cikgu dari satu skolah ni call..die tanye2 jer..di hujung perbualan aku siap cakap aku ni mude..baru 23 tahun..tapi die okey jer..

so..tetibe aku pye mood nak tdo ilang ..tetibe rase cam segar..so aku terus trun bawah..bncuh air oren ditambah ais sikit..dan main ngan anak buah beberape minit yg dijage oleh dua org dayang kat bawah…

pastu aku naik balik dan duklah dpn laptop ..meluahkan isi ati di blog buat tatapan orang yg setia membaca blog aku ini..time kasih ye..aku mmg terharu..ia satu penghargaan yg sangat besar bagi aku yg bukan sesiapa nih..

dan aku nak gak lafazkan kat sini..aku rase gembira ari ni..sbb aku dah pi kelas tu kali kedua..walaupun kat kelas tu rase tak selesa gaklah..yerla..aku sorang student laki dan kekok lah..sbb mmg social skill aku lemah..bygkan tadi..time ustaz masuk..die bg salam..org len sume jawablah..tapi bile aku salam ngan die..aku bagi salam lagi..di saat org len tak abeh pun lagi jawab salam die..

die pun jawab jelah..tapi nampak sgt yg aku tak jawab pun salam die..ni sume pasal cuaklah nih !!

btw..beberapa perkara yg aku dapat ingtkan diri aku ialah :

  1. lepas wudhu bca doa wudhuk
  2. lepas wudhu wat solat sunut wudhuk

tapi aku tak start wat lagi..betapa beruntungnyalah org yg dah jadikan mende2 camtu sbg amalan..

kusut

hurm..tgh kusut..if duk layan perasaan..nak tdo dan malas wat ape pun..nape aku kusut?

sbb ebook ..tu main factor..aku dah tempah kat org wat affiliate dll..tapi tak siap..mintak tlg kat abg..die bz..pastu ebook aku jugak tak disiapkan lagi..duk pk content tak bestlah..content tu leh dapat free la..macam2 lagi..ni kire tgh down gaklah..

dan talk utk di rawang aku tak ready lagi..aku duk pk duration talk lame sgt..msti penat gile..pagi tu..direct 3 jam..lepas tu rehat dan ade lagi 1jam setengah ! dan satu slot tu mmg aku tak bese dan tak ready n mmg mncabar bagi aku..nasib bek yg utk skolah ampang pade 23 ni aku dah siapkan smlm..alhamdulillah..

dan hari ni ..aku ade dapat offer utk jual crocs plak..macam best..walaupn untung tak besar..tapi at least adelah income sikit if aku wat sikit2 pun..urm..nak atau taknak..tu jer…dan kenelah wat plan betul2 if nak..mgkin duit yg dah dapat nanti leh gune utk register pi haji..yg RM1.3k tu kot tak silap aku..pergh..berangan bkn main yer..

oklah..let say nak pi haji kene bayar 1.5k..darab 3..so dapat 4.5 kene ade..darab 3 sbb brangan nak registerkan parents aku..baik berpuluh ribu lagi tu blakang kirelah..Allah if nak mudahkan urusan kita..sekelip mata jer Allah boleh wat kan?

sekarang dan pertengahan jun..so..if jadi wat crocs ni..aku target mgkin sebulan untung 1 k la bersih..konon..start julai..then ogos, september, oktober, november..so hujung november leh daftar dah utk haji tu..

ok..this is my goals..gudluck k kf ! aik? so dah konfem ke nak wat crocs nih? hehe..naklah kot..ape lagi pilihan yg aku ade..hehe..

disebabkan aku nak layan kekusutan aku ni..aku nak tutup laptop ni..nak plan atas kertas utk ebook aku..ape yg aku nak wat..dan juga nak plan bile mase aku nak wat utk skolah kat rawang tu..tu jerlah.

oklah..smoga segala urusan kita dipermudahkan..diberikan umur yg berkat dan rezeki halal yang melimpah ruah.. 🙂

RM15 sebulan. Mahal tak?

ada satu kelas ni..ajar pasal agame2 nihlah..seminggu dalam 4 kali..sebulan kene bayar RM15..mahal tak?

aku berangan nak pegi kelas tu pagi nih (rabu) ..skrg baru dkt pkl 1 pagi..tapi macam nak pi 2 kali jer..so satu kali pergi kirenyer kos aku ialah RM7.50 ..

aku berangan je..tak tau pi ke tak..kat kelas tu pun ade sorang laki mude dan wanita yg dah berumur ramailah..

tapi bile difikirkan..tgk wayang skali..mgkin 3 jam..paling murah pun RM6. pahale mmg takdelah kot. dose mgkin byk yg dapat sepanjg tempoh tu..

tapi kelas agame tu..mgkin sejam dua..harga RM7.50..ni if pi 2 kali je..padahal if pegi full kelas..harga die urmmmm..RM15 bahagi dgn 16 kali….so ..ialah RM0.94..

kelas tu plak..ape yg diblaja mende baik…pahale insyaAllah dapat..ilmu boleh guna hingga akhir hayat..boleh generate pahale yg bertambah2..dose if ade mgkin minimu…

so.malulah if aku blh pi tgk wayang tapi sibuk nak rase pi kelas tu mahal..dahlah bkn aku yg bayar utk kelas tu.hehe

bace qunut or tak?

actually..aku dah lame solat tak bace qunut..tapi tadi ade ustaz ni mmg anti ngan golongan yg tak bc qunut nih..aku dlu start tak bace qunut bknlah sbb tau pasal pendapat yg cakap tak perlu bc qunut nih..ustaz yg anti ngan golongan tak bc qunut die bgilah satu hadis tadi utk skong hjah die..dan die kate..qunut ni padat sgt ngan doa yg bgs dan juga boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai doa di luar solat..

dan aku tadi belek2 gak pasal mende ni di web ustaz zaharuddin..tapi tak jumpe pasal ni..kat web dr maza ada..dan juga di web tu bacelah hujah2 ilmiah dia menangkis org yg anti sgt ngan wahabbi kononnyer..diorang suke2 label org wahbbi sdgkan sape dan erti wahabbi tu pun diorang tak tahu sgt..

ape yg penting..solat subuh ! if subuh pun tak solat..takyah pk sgt pun lagi pasal nak bc qunut or tak k..hehe..btw..aku akan terus tak bace qunutlah.. 🙂

takrif kejayaan kite –

purata umur ialah 60-70 tahun..ayah dah 66.mak dah 64 !

prioriy di dunia jgn atasi akhirat…idup di dunia 70 tahun jer..jadi professor tapi tak smpat solat..

if ade rumah besar kat dunia ni pun..kite leh manfaatkan brp tahun jer.lps tu masuk kubur..tu transit kite..

alam barzakh nabi dah duk selame 1400 tahun..dah bersediakah kite? kat dunia kite dah ade umah yg selesa..alam barzakh lgi lame..

so cmne nak tempah kubur yg luas? yg ade aircond?

pling pnting akidah..kita di dunia ada job scope.job description..

Allah bg gaji in advance..udara..air yg bersih..

bile berdoa, kita nak yg terbaik..sume yg terbaik..tapi berape yg terbaik kite bg pada Allah ? jadi kite kenelah rase malu !

syirik dose paling besar..Allah tak ampunkan..syirik ade 2 jenis..jelas n tersembunyi..yg jelas berhale . yg tersembunyi ialah ramai org wat ..cthnyer..

lepak kat office akak

Arini aku bertugas sebagai kerani di office akak aku. Actually takdelah wat keje sgt pun. Sgt sikit keje yg aku wat. Tapi aku dapat rasakan betapa bestnyer bile wat kje di office instead of wat kat umah. Kenape?

Kat office ni kerusi sampai kepale leh sandar. Pastu ade aircond walaupun tak kuat sangat dan meja yg sngt besar. Walaupun pc bukak, masih boleh menulis kat dpn nih. Kalau kat bilik aku or umah sewa aku. If laptop dah ade di atas meja, mane ader ruang dah nak menulis apa2.

Tu pasal aku macam nak beli lagi satu meja kat umah sewa aku. Hehehe. Kat ruang tengah office akak aku ni ade 4 meja yang masih kosong. Kerani @ receptionist pun hanya akan masuk sorang mule bln 7 ni. So ade meje kosong lagi 3. Best gak tu. Leh aku menyemak satu meje.

Tadi aku baru menjawab 2 panggilan berturut2..tak smpat abeh cakap yg satu..yg kedua dah berdering dah..echeche..bzlah kunon..best gak if ade kerani kan..leh suruh die wat air ker..jawab tipon.tlg faxkan..tlg itu dan tlg ini..wah..brangan..ni manelah despatch tak smpai2 lagi nih..

Kat depn meje aku duk ni plak..Ade bunge yg lagi tinggi dari aku kot..cstomer akak aku yg bg..pergh ! Ni lah lambang keuntungang yang die akan dapat kot..Hahaha..Ameen..

Malam tadi aku dah postkan preview percuma ebook aku kat forum Wang Cyber (WC). Ade gaklah 2,3 orang yg respon cakap nak bace free report aku tu. Oklah tu. Ade smangat sikit aku.

So, tipsnya ialah, untuk kekal bersemangat, cube capai kejayaan2 kecik. So barulah terus bersemangat.

Pagi tadi gak aku dah msg 2 orang MLM yg aku jumpe smlm. Aku cakap yang aku tak berminat lagi nak join diorang. Ni sms yg diorang balas pada aku.

Tuan Badrul : Terima kasih, cos luangkan masa smlm. penerimaan dan penolakan normal bagi bisnes. apa2 pun thanx. ( mamat ni baru umur 21 tahun kot. Smalam die cakap income die stakat petang ari tu dah RM800)

Tuan Akmal Dahlan : Em.xpelah. x dapat dinafikan yg i frust gak. Sbb u ada potensi utk bantu orang lain, diri u, n family. i tot boleh b in 1 team dgn u.em xpelah. maybe u tak nampak lagi. if tebuka pintu hati nanti give me a call (ni kawan undang. die ni mmg otai mlm. Cube tgk ayat die. Appealing gile kan?)

Mmg ader rase cam terlepas peluang gak. Tapi aku takleh ikutkan ati. Duit simpanan aku pun tak cecah pun RM1,000 skrg. Sem dah nak bukak dah. Mmg sng nak wat duit kononnye. Tapi aku dah ade pengalaman juga wat yg sistem pair cam ni. Tak berhasil sgt pun. BTW, aku dah cek pendapat ust Zaharuddin pasal MLM ni. Dan ada beberapa perkara yg aku rasa tak menepati kehendak Islam. Lagipun, produk syrkt ni just macam nak menghalalkan nak biakkan duit. Yerla, sekali join jadi member  terus nak letak 10k dsb,  bukan nak pakai produk pun. Just utk buat duit dan suruh orang len pun letak duit byk2 camtu.

Nampak sgt wat krn duit dan bukan kerana kebagusan produk tu. Lagipun mmg aku ade azam taknak join apa-apa MLM dah. Alhamdulillah. Aku lepasi jugak ujian ini.

Alamak. Nyaris2 gak dah kene marah tadi..Nasib baik aku adik bos kot. Haha.Ala..Tak lame lagi adelah tu aku kene marah. Ok2..Sambung balik..

Smalam yang si Akmal tu ade cite. Dia ni wat printing, design dll. Sampai design utk mercerdes (betul ke aku eje nih?) pun die dapat.Die skali dapat puluh2 ribu..Ade yg 15 ribu. ade yg 30 ribu. Kadang2 printing tu just booklet kecik jer pun.

Urm ..Aku plak bilelah nak merasa income yg macam tu punye ribu riban. Yerla…Stakat buat talk kecil-kecilan tu, brp la sgt. Ribu pun tak cecah. Yerlah, net profit sekali talk pun brp sen sgt.Nanti kite pk kan idea utk buat duit yg betul2 byk k? hehe

Tadi gak aku smpat jenguk forum Duit Mania. Aku tak habiskan pun lagi bace buku tu. Nipis je pun. Memang dah meriah forum tu. Dan org len ramai dah advance2 gile dah. So, if aku nak berjaya, aku kenelah sentiasa libatkan diri dalam forum tu. Dan kene bertindak ! ni squeedo pun aku tak tau menatang ape ntah..

Tadi gak aku dah start satu posting pasal nak merancang idup kononnyer. Aku pun tulislah tahun dan umur aku. Tu ok lagi, kirenye macam mase aku utk idup lame lagi. Kalau panjang umurlah. Dan aku tambah kat sebelah tu, umur mak dan ayah aku. Dan makin betambah angke tahun tu…Hati aku sedikit sebak. Tengok pada umur aku dan umur parents aku. Tinggal berapa tahun sgtlah aku akan dapat melihat mereka. Ini pun aku layan diorang tak sebaik yg aku mampu dan patut lakukan.

Aku dapat bayang betapa cepatnya aku tak lama lagi akan jadi yatim piatu. Sedey…Ni if betul parents aku pergi dahulu daripada aku. Tapi mgkin juga aku yang pergi dahulu. Esok lusa pun belum tentu aku masih dapat terus melihat dunia ini. [pastu ade ati lagi nak wat maksiat ek !]

2009 – 23 tahun- 64-66

2010 – 24 tahun- 65-67

2011 – 25 tahun- 66-68

2012 – 26 tahun- 67-69

2013 – 27 tahun- 68-70

2014 – 28 tahun- 69-71

2015 – 29 tahun- 70-72

2016 – 30 tahun- 71-73

2017 – 31 tahun- 72-74

2018 – 32 tahun- 73-75

2019 – 33 tahun- 74-76

2020 – 34 tahun- 75-77

2021 – 35 tahun- 76-78

2022 – 36 tahun- 77-79

2023 – 37 tahun- 78-80

2024 – 38 tahun- 79-81

2025 – 39 tahun- 80-82

2026 – 40 tahun- 81-83

2027 – 41 tahun- 82-84

2028 – 42 tahun- 83-85

2029 – 43 tahun- 84-86

2030 – 44 tahun- 85-87

2031 – 45 tahun- 86-88

2032 – 46 tahun- 87-89

2033 – 47 tahun- 88-90

2034 – 48 tahun- 89-91

2035 – 49 tahun- 90-92

2036 – 50 tahun- 91-93

2037 – 51 tahun- 92-94

2038 – 52 tahun- 93-95

2039 – 54 tahun- 94-96

2040 – 55 tahun- 95-97

2041 – 56 tahun- 96-98

2042 – 57 tahun- 97-99

2043 – 58 tahun- 98-100

2044 – 59 tahun- 99-101

2045 – 60 tahun- 100-102

tak tdo sgt ari nih..gud ! but not productive gak

oklah..ari ni aku nak cite yg aku bgus sbb tak membute je keje..aku smalm kuar makan dan jalan kat uptown skit ngan pian..dalam pkl 12 baru balik umah kot..so tdo pun lewat..tapi make it pkl 12 la ..

aku bgn pagi tadi hampir pkl 7..jadikan pkl  7 je k..pastu aku drive kete..pi bfast ngan parents, pi pasar..pastu tgh ari aku kuar pi service kete kak na..ni lame gak ni..aku lepak kat bilik menunggu..byk gaklah bace buku anthony robbin yg unlimited power tu..

then balik dah ptg gak..pastu aku mmg dah sgt ngantuk..ngantuk gile ..mmg dah nak2 sgt tdo..tapi aku dah ade appointment ngan akmal.die nak cite mlm skor a..pkl 4 janji ngan die..

pastu pegila jumpe die dalam keadaan yg sgt letih..tapi taklah tertdo dpn die..aku minum air kosong je..dan mmg mcam dgr ceramahlah..aku dapat cakap seketul dua jer..lagipun mmg aku bkn jenis nak byk cakap..pastu lepak kat situ smpai pkl 6.30 gaklah kot.

balik mandi.dan smpat tertido jap..mgkin dalam 30 minit.pastu bgn..makn..tgk brite jap.pastu mak ajk pi sri gombak.pi beli lampu..pastu balik..aku tgk result final xm.alhamdulillah..pastu terus rush nak jumpe balay plak..janji jumpe kat shell danau kota pkl 9.30..

jalan kat uptown jap..minum cendol di pakli..then dkt pkl 11 die kene bla..so kiteorang pun berpisah..sampai umah..aku duk dpn laptop..dan skrg dah pkl 12.35…

aku dah siap mandi..solat dll.so skrg aku nak tdo..kire nyer aku tdo pkl 1..so not bad kan? tdo malam 7 jam..lor !!! mmg lame pun !!! ape yg nak dibanggekan nih sbenarnye kf ! hehe..so..lepas ni mmg tak leh tdo siang pon !!@!!

k la..tata ..titi..tutu..

jap..time dgr ceramah tadi..antara yg best.die cakap..putus asa ni sifat syaitan..ego pun sifat syaitan..dan juga die obses gile ngan law of attraction..hurm..dahla.maleh nak tulis aku kene skolah ape tadi..haha..

tgk muke parents dapat pahala ?

sngnyerlah nak wat pahala..tgk org len leh dapat dose..so mane yg kite nak? hehe

tiap2 pagi bace asma ul husna.anak sapelah tu ek :)

dulu kat skul..tiap2 pagi kene nyanyikan asma ul husna.tapi skrg ? didikan selame 5 tahun..kalau tak ikhlas..tu la jadinyer kot..tak melekat pun..tak rase kehilangan pun..

p/s:nanti if pi jalan2..jangan lupe bawak kompas..macam ari tu..duk hotel cine..takdelah plak arah kiblat..so satu hal nak kene tanye org plak..

BAHAYA-nya bile wat dose tapi tak rase berdose. hati dah GELAP babe !

bile wat dose..kite tak rase berdose..bahaye kan? bile duk slalu pegang tangan kapel ..tapi rase ok..tak berdose..bahayenyer.. bile dose dah tak rase berdose..so hati dah gelaplah..

kenelah kite slalu bawak dan usung diri ni kat blog2 yg cite pasal idup di akhirat..heret gak diri ke masjid sekali setahun ke..barulah ade cek and balance..dan semoga kita diberikan kawan yang sentiasa mengingatkan kite tentang dose2 kite dan bukannya duk biar dan menggalakkan kite buat lagi byk dose dan maksiat..

buat yg dah slalu sgt wat maksiat, kite kurangkanlah if tak leh berhenti terus sekelip mata. if ade yg tak rase lagi tu..takyahlah gatal nak rase..nanti ketagih..manusia ni tk pernah puas.. Islam dan gariskan dah camne nak wat yg haram secara halal.kalau tak boleh didunia ni pun, di akhirat yg kekal abadi tu, Allah dah janjikan mende2 yg jauh lagi hebat..

watpelah kite nak rase best sekejap kat dunia tapi duk kene seksa selamanya di dunia yg kekal abadi di sana…kf2..

2 angan2..tulis buku dan pasang aircond

byk post yg aku nak tulis nih..so..aku tulis ni dalam kadar seringkas mungkin..ini adalah post first dalam ke”rush” an aku..hehehe..yg len2 adalah post selepas post ni lah.

aku tadi terfikir..nak tulis buku ringkas pasal kesalahan2 common org buat bisnes kecil-kecilan. bile dah siap draft tu..aku akan hantar pada truewealth dan few publisher lagi..if takde org sudi nak terbit, aku akan jadikan ia ebook ! hehe.

ia akan jadi buku nipis macam 101 cara urus duit yg truewealht terbitkan tu jer..tak pun cam handbook die jer..

pasal aircond plak..aku rase..if ade aircond, aku akan lebih bertenanga wat keje..so bestlah if ade time wat keje..hehe..so..kumpul duit banyak2 k !! usaha sungguh2..macam bile dah jadi ammar yg income 100k sebulan tu..lehlah pasang aircond k !!

btw, patutlah time kat scope dulu taklah letih sgt pun keje dari pagi sampai lewat malam..sbb ade aircond..dan igt lagi tak betapa reliefnya juga bile kuar office dan duk dalam  bus steven yg sejuk..dan lagi best if die wangi..hehe…

solat if ade aircond pun besh gak..hehehe

queen control vs king control. mana lebih baik?

aku bercakap dari pandangan pihak ktiga dulu la k..mgkin sbg abg, adik, kakak, parents, kawan2..urm..susah gak..aku jadikan dari perspektif parents jelah k supaye msg aku ni sng difahami.

oklah..aku seorang ayah.ade anak perempuan..dan die dah kawen..tapi asyik duk disuruh itu dan ini oleh si suami..kadang2 mmg menyerlahkan kemalasan dan kobossyiannyer..so mmg sakitlah mate aku sbb anak aku dijadikan camtu..ape? igt anak aku tu hambe ko ker? igt suami tu raje ke kat dalam rumah tangge? okla..ni situasi bile king kontrol..

oklah..tapi bagaimana pula anak aku tu laki dan asyik duk diarah oleh si isteri itu dan ini…dan anak aku ni pun cam taat gile kat isteri tu..menurut jer kate..time kat umah b4 kawen pun aku tak arah2 anak laki aku camtu..tapi bile ngan bini..adui…dan mende camni..leh smpai satu tahap wat si lelaki tu tension tau tak..nak2 asyik duk kene sindir ngan kawan ker..

dalam kedua situasi di atas, mstilah queen control lagi dipandang serong..itulah dilema..kite mgkin “ikut perintah” sbg tande tolerate dan kasih sayang ..kite mgkin takde masalah diarah2 macam tu..tapi persepsi pihak ketiga plak…konflik bukan?

so..sbg jalan tengah..eloklah masing2 tidak mengarahkan pasangan di dpn org len..dalam umah or dalam bilik tdo tu tak kisahlah..takde org len nak tgk..cubelah wat sume keje sendiri k..if dulu sblm bujang leh macam tu..nape time kawen dah jadi makin malas or dah makin rajin terlebih plak..

hurm…sekadar perkongsian yg harpnya dapatlah dimanfaatkan..sbb org yg rapat dgn kite mgkin tak brani nak tegur direct sbb nak jage ati kite…

rangkuman beberape cite

skrg jam dah pkl 1.36 pagi. ari ni ari sabtu. tgh ari nanti kene pi berarak kenduri azimy di kelana jaya. ni seblah perempuan. petang plak akan bergerak ke temerloh dgn parents aku.kenduri gak. aku dah ngantok gak. tapi nak gak tulis sbb aku dah lame tak tulis kat blog nih.saje utk kenangan aku di masa akan datang.

jumaat

ari ni sebelh malam azimy dinikahkan. skali lafas die dah berjaya disahkan menjadi suami kepada pasangannya..ape yg aku nak igtkan pade diri aku ialah :

  1. ic jangan lupe bawak beb ! hehe..
  2. makanan biar byk dan berlebih dari berkurang.
  3. kene ade sapu tangan dalam poket !
  4. peta biar jelas.amek dari google map stylo gak per
  5. mic dan pa system
  6. pelamin yg indah2..haha..
  7. lepas dinikah, salam parents dan solat sunat dulu..jgn tak sabar2 k!
  8. tetapkan mase pkl brp.jgn general sgt cam “lepas isyak” dan jgn lewat.biar awal sejam takpe.

majlis berlangsung kat bukit rahman putra. area kat sg buloh.

khamis

aku tdo je kot kat umah..sbb smalam penat..balik lambat gile..smpai umah dkt satu pagi..buat ape? bacelah kat bawah nih !

rabu

awal pagi lagi aku dah bgn sbb aku nak kene pi skolah kat sg pelek tu balik..payment aku diorang tak settlekan lagi..tak banyak pun..tapi lebihlah dari RM500..padahal duit mmg aku dah blanje in advanced dah..rupe2nye diorang tak pos lagi.padahal prog tu dah berlangsung lebih dari sebulan.

mmg kerani tu tak boleh nak issue lo dan cek yg baru..kene tunggu yg tu gak.so, lepas ni, if bayar..kalau pkai LO, aku nak charge lebih..sebulan lebih nak kene tunggu.huh !! tu pun nasib bek die bayar. kalau tak? kos aku pergi skolah tu pun dah hampir seratus dah..

lepas gi skolah tu..aku pi shah alam terus..aku pegi beli dvd konvo rm30, dapatkan slip yuran utk geran tu..aku dah delay gile..surat tu cakap kene reply within 14 days. tapi skrg dah sebulan lebih kot..ni sume sbb ambil mudah dan bertangguh !!!

aku gak pasang external ink printer..kosnya ialah RM130. aku ade gak usha2 nak beli handset baru.aku tanye 2 kedai..”handset nokia paling murah brp?” kedua2 cine yg aku tanye tu jawab tanpa memandang langsung ke arah aku..aku tnye..kurang seringgit pun takleh ker? mmg tak leh !!

cume aku nak cite kat sini..if tak berduit.takde sapelah nak pndang ko ! dah lah mintak handset paling murah ! ari tu harga kat sungei wang rm109…kat pas ialah rm100..tapi aku tak beli pun sbb aku pun baru realize yg mmg aku takde duit dah pun..nak bayar sewa pun duit dalam bank islam tu tak cukup..ish3..

kat umah sewa plak…pergh !! if ikut ati mmg aku dah nak bla dan cari umah len !! nasib baiklah aku leh bersabar lagi..yerla..brg2 aku org tak reti nak rspect dan ade plak org menumpang free2 tnpa pengetahuan aku..

dan pkl 6 lebih aku dah kuar dah.tapi tunggu bdk ni dkt sejam gaklah..dah 7.30 lebih baru siap dan gerak ke jj bkt raja. dgn sape? biarlah rahsia..tapi mmg byk gile aku msg die tak reply pun..sampai nak tunggu aku call baru jawab..

kat jj nak tgk syurga cinta. gile islamik cite tu..mmg byk unsur dakwah..walaupun maksiat tu mmg byk gak.dapat gaklah kutipan 1.5 juta mggu pertama..ok what ! lepas beli tiket, makan mcd jap.pastu kene balik ke umah die jap sbb ade org nak jumpe.kat pusat komersil je..tapi jauh tu bg aku …pstu pegi balik ke jj lepas tu..muvie start 9.20 malam..

dah abeh tgk muvie tu.hantar die balik dan aku terus pecut balik ke umah..

dan jugak arini ..byk mende yg tak pernah berlaku dan aku tak pernah wat terjadi..kf2..

ebook aku jugak dah lari dari schedule dan aku kene bayar “penalti” kat 2 orang sahabat. dah diorang je yg comment kat satu post tu..hehe..nasib bek 2 org.if 1o org? rabak gaklah poket nak bayar..

ape mende aku nak wat bile aku dah berduit ?

oklah..ini angan2 aku..bile aku dah ade duit yg byk, aku nak wat mende2 kat bawah ni.harap aku tak lupe diri dan janji..

  1. nak bawak mak n ayah pi haji
  2. nak hire lagi sorang or dua orang gaji. aku nak mak dan ayah boleh fikirkan untuk hal mereka sahaja. tak payah pening2 tntang hal lain.
  3. nak sewa satu bangunan or rumah or bilik dan transfer all mende2 yang penuh kat rumah nih

tu jerlah yg major die..bilelah agaknyer yer boleh aku realisasikan sume nih ? skrg dah bulan jun 2009…aku masih lagi student..lagi stahun jugaklah aku akan jadi student dan tak mempunyai kerjaya..mampu tak aku realisasikan sume ni before aku start keje nanti? lambat sgt lagi kot if aku nak start keje..

if baru keje pun..brpelah sgt yg aku dapat..nanti aku setkan goals bile aku nak capai sume nih..

14-dosa--iman-GIF

terase berdose … sentiasa berpanjangan kot dose nih.. oh !!!

time pegi subang ari tu..abg  yusry copy dari aku video youtube org ajar chicken dance dan full song die..then ari tu gak..abg yus bukak utk bdk2 ni nari2..

adui..terase berdose sbb aku tlg bantu sebarkan mende tu..mende tu plak mgkin akan disebarkan oleh abg yus..dan dose aku akan terus berpanjangan..takkan tu yg aku nak bawak bile aku dah mati nanti? aku nak pahale..bukan dose yg berpanjangan..

in a positive side..kan bgus if aku boleh sebarkan video klip yg bawak kebaikan…tapi aku tak promote pun kat abg yus..mcm video andai ku tahu tu ker..

nnti nak email dan cakap pasal ni kat abg yus lah kot..ntah bilelah yer..

dan jugak ingt..utk nak tebus dan neutralkan balik dose2 ko tu..kenelah ko sebarkan mende2 yg baik2 pulak k !!

apa perlu buat bile tgh down ?

aku arini ade rase cam lost dan tgh down gile..aku cam hilang arah tujuan, cita2 or motivasi..then aku pun click2la di internet cube mencari sesuatu yg berguna buat diri aku.

then aku pegi web iluvislam.com dan discover blog ni http://imkoyube.iluvislam.com/ Die ni presiden iluvislam..

bile bace blog die..aku dapatlah balik mrenung balik diri aku ni..die ade cite yg die takde mase pun nak bermsg ngan gurl2 sbb die dah cukup sibuk dan lebih baik kite penat wat mnde baik dari kite penat wat maksiat..

pencapaian dia? dah jauh ke dpn dah berbanding aku.dan dia muda dari aku..

so kf.if tgh2 down tu..byk sgt blog2 yg boleh memberikan ko motivasi..just find it !!

kem di sekolah di subang

aku baru balik arini dari kursus di subang ari ni..kursus tu berlangsung dari hari sabtu pagi hingga ke tengah hari tadi..antara mende yg aku nak igtkan diri aku ialah

  1. bile aku wat keje2 yg meletihkan dan bejemur tgh panas..kenelah sediakan air yg byk2 utk diminum..aku mmg “pengsan” lepas smpai kat umah…
  2. bdk2 kat sane sume speaking bi..slang melayu pun dah takde..gile inferior bile tak dapat nak communicate in english fluently !!!

time kursus aritu aku jumpe lagi azie, anne, dan antara org baru yg aku bekerjasama ialah Tuan Othman, Kak Syaya. Dan ade juga jumpe ngan Iwan kecik kawan kepada iwan besar..

dan time kursus ni gak, abg yusry dah berjaya secure sekurang-kurangnya lagi 2 contract ! slah satunya ialah utk bdk2 nakal..kursus ni actually sempoi gile.aku tdo malam tadi pun atas lantai dalam kelas je pun. di dalam kelas. utk wat kursus ni pun kacang je bg aku..hehe..

oklah..strength yg ialah :

  1. hissan (ketua fasi)
  2. aku – fasi n perceramah pagi bute..haha
  3. anne -fasi
  4. kak sysya – fasi
  5. azie – fasi
  6. yusry – penceramah
  7. tuan othman – wat kembara malam dan operasi burung hantu (obh batal)
  8. malek – disiplin

aik? 8 orang je pun !! hehehe..

tapi perbezaan aku ngan syrkt yusry ialah dari segi equipment yg die ade dan org2 die..iaitu:

  1. die ade walkie talkie..nampak hebatlah..hehehe
  2. printer, portable speker n mic
  3. khemah
  4. 4wd drive ..hehe..
  5. social skills
  6. team
  7. malek sbg penjaga disiplin yg ..pergh !!!

thats all kot !! taklah susah nak kejar die kot..hehe..

btw..aku kene improve care aku jadi fasi..takde informal relationship lgsung..hehe..time ice breaking pun cam hape je !! not well prepared bg aku..men redah jer..time talk pun camtu gak !