ingin menjadi orang bisnes yang tidak akan pernah rugi?

org sering pandang serong if tau seseorang failed or rugi time wat biz..”tgklah tu..nak wat biz konon.padahal akhirnye..”

yer..dan kite boleh gak bagi lecture berjam2 lamenye kepda org yg rugi dalam bisnes..” ko ni..tula..wat biznes sebelum tu..fikir dulu..kaji dulu..wat observation dulu..cari pengalaman dulu..dll”

adakah org yg baru bermula or org muda2 je yg gagal dalam bisnes? walaupun berjuta duit syarikat besar dilaburkan utk buat market research dll..byk  je yg still gagal..cth? mcm projet..jual minyak..tiap2 ari ade org isi minyakkan? tu syarikat us yg besar..tapi still gagal jugak..adakah diorang begitu bodoh?

dan byk lagi case study syrkt yg gagal dalam bisnes tertentu atau dalam keadaan tertentu..jika syarikat yg besar yg sepatutnya telah membuat kajian dan percaya bahawa tendency utk mereka gagal pun masih gagal, inikan pula org yg kecil2 nih..

jadi…if nak involve in biznes tapi tak bersedia utk rugi, lupakah sajalah ok !

kem di sekolah di subang

aku baru balik arini dari kursus di subang ari ni..kursus tu berlangsung dari hari sabtu pagi hingga ke tengah hari tadi..antara mende yg aku nak igtkan diri aku ialah

  1. bile aku wat keje2 yg meletihkan dan bejemur tgh panas..kenelah sediakan air yg byk2 utk diminum..aku mmg “pengsan” lepas smpai kat umah…
  2. bdk2 kat sane sume speaking bi..slang melayu pun dah takde..gile inferior bile tak dapat nak communicate in english fluently !!!

time kursus aritu aku jumpe lagi azie, anne, dan antara org baru yg aku bekerjasama ialah Tuan Othman, Kak Syaya. Dan ade juga jumpe ngan Iwan kecik kawan kepada iwan besar..

dan time kursus ni gak, abg yusry dah berjaya secure sekurang-kurangnya lagi 2 contract ! slah satunya ialah utk bdk2 nakal..kursus ni actually sempoi gile.aku tdo malam tadi pun atas lantai dalam kelas je pun. di dalam kelas. utk wat kursus ni pun kacang je bg aku..hehe..

oklah..strength yg ialah :

  1. hissan (ketua fasi)
  2. aku – fasi n perceramah pagi bute..haha
  3. anne -fasi
  4. kak sysya – fasi
  5. azie – fasi
  6. yusry – penceramah
  7. tuan othman – wat kembara malam dan operasi burung hantu (obh batal)
  8. malek – disiplin

aik? 8 orang je pun !! hehehe..

tapi perbezaan aku ngan syrkt yusry ialah dari segi equipment yg die ade dan org2 die..iaitu:

  1. die ade walkie talkie..nampak hebatlah..hehehe
  2. printer, portable speker n mic
  3. khemah
  4. 4wd drive ..hehe..
  5. social skills
  6. team
  7. malek sbg penjaga disiplin yg ..pergh !!!

thats all kot !! taklah susah nak kejar die kot..hehe..

btw..aku kene improve care aku jadi fasi..takde informal relationship lgsung..hehe..time ice breaking pun cam hape je !! not well prepared bg aku..men redah jer..time talk pun camtu gak !

Kisah-kisah minggu lepas

Dah lama aku berhasrat nak tulis post di blog ini. Tapi memang takde motivation sangat sbb few jer visitor setiap hari. Tapi salah diri aku gak sbb tak promote. Oklah, aku akan coretkan kisah yang agak panjang kali ni. Selagi Kak Jah tak datanglah sbb if die datang, aku kene gerak dah pi naik genting. Yippie !!!

Alhamdulillah. Semalam aku dah dapat semua design untuk ebook aku. Kat bawah ni design utk ebook utama. Okey tak? Bolehlah kan. Ebook ni dijangka dilancarkan pada 23 Jun. Free report pula akan dilancarkan pada 31 Mei. Tapi ia mesti disiapkan esok sbb nak bagi dekat prospek JV.

eco1_a

So far tiada pun prospek rakan JV yang dah kata setuju nak tolong promote. Takpelah, if diorang tak berminat, kenelah gune cara lain. Untuk report percuma, aku akan berikan 6 tips daripada ebook aku tu.

eco2_a

Hopefully ebook ni akan dapat dilancarkan mengikut jadual walaupun pelbagai perkara yang tak siap lagi. Mungkin aku nak jual ebook ni terhad untuk 1,000 orang jer. Okey tak? Hehehe..

Smalam aku pegi raptai konvo. Pegi sorang-sorang. Sementara tunggu taklimat tu, aku baca satu buku library ni. Byk gaklah dapat baca. Lepas tu singgah rumah sewa jap dan terus balik ke rumah. Kat rumah makan nasi lemak pagi tadi. Yerla. Memang aku tak makan dari pagi. Malamnya plak mak dan ayah ajak pi makan kat seri gombak. Aku makan makanan rasmi aku iaitu nasi goreng padprik ayam. Selain tu, makan sate dan jugak ari fresh orange. Kat tempat sate tu ada sorang gurl ni. Cun. Besenye dia takde. Tapi sekrang tgh cuti kot. So bolehlah tlg family dia di gerai tu.

Hari Jumaat ari tu aku ade merasa bawak Spectra. Dah pernah bawak sebelum ni. Tapi cume nak cakap, lagi best kot bawak Myvi. Tapi mungkin gak sbb Myvi tu baru. Tapi mgkin aku dah cukup satisfy ada Myvi. Tapi sebenarnya plan nak beli Saga jer. Impian nak Vios or Harrier. Tak pernah aku naik Harrier lagi. Tapi Harrier baru dah takde kot skrg. Sume tu angan-angan jer.

Khamis plak aku buat talk di Serdang. Terima kasih berbanyak-banyak kepada Undang kerana sudi teman aku dan dia juga ada membantu dan handle slot. Memang sangat mencabar dan satu pengalaman baru buat aku. Yerlah. Bercakap di hadapan 450 orang pelajar darjah 2 dan 3 sememangnya berbeza !

100_0982Mule-mule tu siap salah sekolah lagi. Perbezaan antara nama 2 skolah tu hanyalah “Sri”. Nasib baiklah Undan sememangnya pakar di area sana. So Undang berjaya juga memastikan kami sampai di sekolah tu tepat pada masanya dan tidak lewat.

100_1001

Dan kali ini ialah kali pertama time aku bg talk ada orang menangis. Actually takde intention pun nak buat diorang menangis. Tapi diorang menagis pun sbb video clip yg aku tnjuk. Bukanlah sebb aku yg provoke. Undang juga ada beri beberapa comment tentang talk aku untuk aku perbaiki lagi untuk talk-talk pada masa yang akan datang. Jumpe nanti die akan bagitahu banyak lagi. Thanx yer undang.

100_1007

Lepas talk tu, Undang bawak kami ke JJ untuk menjamu selera di Pizaa Hut.Baru aku tahu kat sane leh refill air free. Ais kosong juga free. Yey !! Hehehe.

100_1008

Oh yer. hari ni gak agak best sbb aku tdo lambat. Dalam pkl 3 pagi. Tapi lepas solat subuh [mak kejut], aku dah tak tdo. Aku ready utk talk dan bg talk shinggalah malam. Aku tdo dalam 1,2 pagi gaklah. Then hari jumaat tu barulah aku ada tido siang. Sebelum pegi solat dan juga lepas solat.Kirenyer, boleh je aku kurangkan tdo. Asalkan aku ada matlamat yang jelas, passion dan jugak bila aku memang dah tiada pilihan.

100_1006Tapi sebenarnya, kalau aku kurang tdo pun, aku ni sangat sangt sangt kerdil if nak dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih hebat dan sibuk. Setiap tindakan diorang jugak lebih significant, berbondong-bondong pahala, impak terhadap puluhan ribu orang dan juga kekal ilmu serta mengalir pahala sebab yang disampai ialah ilmu agama yang dirakam dalam bentuk tulisan , audio mahupun audio.

Untuk kita sama-sama merenung diri kita ni, aku cadangkan kite bace satu post di sini. Terutamanya ayat-ayat last dia. Walaupun pedas tapi bgs untuk kita !

condition life aku skrg..

honestly..lonely gile idup skrg !! kehidupan sosial yg sgt teruk.ni bkn cakap pasal pompan k..tu gersang namenyer ..huhu.. mmg aku takde kawan sgt skrg..mgkin ada sorang dua yg aku boleh ajak kuar..tapi if nak harapkan diorang or sesape ajak aku minum or kuar..mmg takde langsung..

dan if org tanye aku sape kawan baik aku skrg..jawapan aku : TIADA..

so..mmg sgt sgt sgt teruk…

produktivity aku pun teruk gak..aku tak dapat fully utilizekan masa setiap hari..aku tak tau lagi cite2 nak jadi ape..if dah tau pun..aku takde satu gambaran jelas camne nak capainyer lagi..

aku dapat senaraikan byk mende yg org len sume ade..tapi aku takde..[tapi byk je gak yg aku dapat tapi org len tak dapat..hehe.nak gak tu !! ]..

oklah..aku tak salahkan sesiapa utk sume cabaran yg aku dapat ni..sume salah aku..so aku bertanggungjawab nak betulkan..if aku rajin..aku akan cube betulkan…

ups !! aku baru teringat sape antara pembace blog aku ni..adui.segannyer kat dier..tapi takpelah..hehehe..tak lame lagi byk posting kat sini sume akan “ditiadakan”..

oklah.punce kepada aku tak productive ialah aku takde matlamat dan perancangan yg jelas..

pasal punce kepada social problem tu plak…urm…..sbb aku ni tak attractivelah kot..haha..kf yg membusankan !!! korunk pun tau camne kf yg membosan ni kan? dapatkan bayangkan ? bgs !!

oklah..bsk mmg aku dah berangan adalah hari utk berangan2 dan plan ape aku nak wat dgn saki baki cuti aku..ape yg dicapai dan juga plan jangke panjg aku..antaranya..aku dijangka kawen pada umur 30 tahun dan bknnya 25 spt angan2 sblm ni ..huhu..

jasa ibu bapa – derhakakah kita ?

bermaknakah hari ibu bagi kita or hari valentine, anniversary dan hari jadi “si dia” lg dinantikan dan ingin disambut sebaik mgkin?

oklah..jom kiter renungkan..adakah anda akan bengang dengan parents ada jika salah satu situasi di bawah berlaku :

  1. parents anda tak merestui hubungan anda dengan si dia kerana sebab2 sebab tertentu yg pade fikiran anda mgkin tidak begitu relevan pun…”ala..sbb tu jer ker die tak sesuai utk aku?”…padehal anda mmg syg gile kat die dan begitu juga sebaliknya..
  2. anda nak kuar ngan kawan tapi parents tak bg kuar utk ari tu..padahal kawan2 len sume parents dieorang bagi..parents anda je tak bagi..

okla..so camner? ke anda boleh terime dgn hati yg terbuka..ade sesetengah tu..sanggup melawan mak bapak..merajuk..marah..hanya sebb org yg die kenal baru beberapa tahun or bulan jer..

org tu kenal pun time kite dah besar..dah lawa..dah kacak..bknnyer die yg bersusah payah besarkan kite..bertarung nyawa lahirkan kite..bergolok gadai utk pastikan perbelnjaan kite cukup..pendidikan yg kite dapat adalah yg terbaik..die juga bukanlah yg menjaga kita semasa kita sakit dengan penuh kasih syg yg ntah brape kali dah sakit..tak sihat..meragam..buat masalah…

hanya kerana insan2 yg baru kite kenali ni lah kite sanggup wat perkara yg melukakan hati seseorang yg telah sgt banyak berkorban utk kite..yg tak mgkin kite mampu membalasnya..

dan renungkanlah juga ketika dah bertunang or dah berkahwin..sejauh mane kite masih ambil kisah tentang kebajikan parents kita..makan minum mereka..kedudukan kewangan mereka..kesihatan mereka.kesepian mereka kerana tidak diziarah oleh anak2..tidak ada anak2 menemani mereka ke pasar..ke kedai dan membeli belah..

masihkah ade orang yg peduli tentang mereka..atau org yg mereka korbankan segalanya itu hanya lebih pentingkan teman hidup masing2? makan pun nak makan dgn si dia jer…masa hjung mggu pun begitu juga…

itukah balasan yg patut kita berikan kepada mereka?

ya ! mgkin diorang tak faham kehendak kita or tak faham kerana tidak sezaman dgn kita..tapi ape yg patut kite tanye..adakah kita faham mereka ? kenapa kie sibuk nak fikir diorang kene faham kite sbb sememangnyer diorang dah byk berkorban

utk yg masih rasa nak marah2 ngan mak bapak ke..nak kecil hati walaupun sedikit pun..just fikirkanlah org yg mak atau bapak die dah pergi dah..diorang dah tak dapat rasa kasih syg ibu bapa..dah tak dapat dgr nasihat nasihat dan bualan diorang..takde org nak sambut kite bile balik ke rumah..nak jadi tmpat kite mengadu dan dah tak dapt kite berpeluang nak berbakti dan cube membalas budi mereka..

nabi pernah cakap..rugi sgt if org yg mak die masih hidup tapi tak masuk syurga..

so..takyah sibuk nak tunjuk perasaan ke if kecil hati ngan ibu kita sbb kite dah puas menyakitkan hati parents kita sejak dari kita dilahirkan sekali…tapi mereka sabar jer…

jika mereka masih hidup hari ini…selama hayat inilah  peluang kite utk balas jasa mereka..adakah selama ini kehadiran ibu kite sudah cukup kita hargai..

berusahalah dgn lebih gigih bermula hari ini kerana mereka tidak mgkin hidup selamanya..termasuklah kita..ajal akan datang dengan tiba-tiba…

di persimpangan dilema..

wah..ayat !! aku actually di persimpangan nak plih elektif ape utk next sem..bkn pe..elektif ni akan membezakan tiga subjek yg kiteorang amik..so it make a difference..kire yg significant gaklah..if boleh..aku nak pilih yg terbaik utk hidup aku dan cite2 aku..kire bkn just for the sake nak score..

2roads

aku pun mmg dah kesuntukan masa dalm idup ni..smpai skrg takde arah tujuan lagi..aku tak anggap aku betul2 dah on track..no specific plan lg nak ke mane lepas nih..utk menyettlekan mende ni..aku dah rangke beberapa plan poyo iaitu :

  1. aku akan dapatkan salinan sume pilihan elektif yg ade dari office fakulti
  2. aku akan ajak kawan2 yg berminat utk pegi tour menginterview usahawan2..nak mintak advice diorg..antara usahawan tentatif adalah spt bapak ridhuan di n9, abg2 apex, abg shahrul uia dgn bauhulu, iwani pye ceo, en mahyudin di seksyen 7
  3. aku jugak akn try email pada ceo2 lain..mcam tengku zafrul..puan noraini cookies..ceo noraini cookies iaitu anak dier dan beberapa lagi org yg lain..ni baru plan kasar jer..[aku baru terpikir ni..alhamdulilllah..]
  4. aku kene rancang betul..make a written and main plan tentang objektif idup aku kat atas muke bumi ni..ape yg aku nak achieve..brp ..bile? bagaimana? dll..kire kene rancang dgn agak detail jugaklah..
  5. try bace kisah usahawan2 yg berjaya..camne diorang bermula.dll..tu la org cakap..part paling susah nak wat first milllion jer..oh !! mmg sgt susah..but i’ll NEVER take no for an answer !! amacam? dah cukup poyo tak?hehehe..

nak derma bumbung kat masjid tuh ?

ari jumaat ari tu aku solat kat surat kat umah aku tu macam bese.die ni ialah sebuah surau yg dah dinaiktaraf dan dibenarkan utk solat jumaat kat situ..

tadi aku taklah solat dalam kawasan utama surau tu..tapi kat bahagian luar yg dah ditambah bumbung..dan setiap kali nak solat..msti akan dapat kelihatan org yg takde tmpat nak solat..yerla..org ramai..tapi space mmg kecik..dkt luar kawasan berbumbung tu pun mmg wajib ade org solat..kire ade tikarla..tak pun diorang bawak sejadah sendiri dan solatla atas rumput tu..tapi kalau hujan lebat?

kan bagus if ade orang yg dermawan [mestilah die tu orang yang kaya ! ] yg nak derma dan bina lebih luas kawasan berbumbung tu..tapi nak wat camner..bkn ramai pun org kaye tu..dan if kaye pun bkn ramai pun yg baik ati nak menyumbg ke surau..yerla..no duniawi return..bek diorang invest kat tmpat len..

ade sesiapa lagi nak kate duit tak penting dalam dunia dan utk agama ker? hurm… jadilah kaye k..if bukan utk diri sndiri pun..utk berbakti dan tolong org lain…