Mengurus Wang dalam Perniagaan

Sering kali dalam menjalankan perniagaan terutamanya yang sampingan ni, kita agak tidak sistematik dalam menguruskan wang yang diperoleh. Jadi apakah penyelesaian mudah agar wang yang kita dapat daripada perniagaan tersebut tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.

Kalau semua duit dari perniagaan kita anggap macam duit sendiri dan boleh digunakan untuk berbelanja membeli belah, sampai bilalah syarikat tidak akan berkembang. Kita juga sampai bila pun takkan kaya. Baiklah. Penyelesaiannya ialah buka akaun syarikat. Tu je? Yup! Tu je. Hehe.

Untuk buka akaun di Maybank misalnya, perlukan RM2k. Aku pun takde duit banyak tu. Ape lagi. Pinjamlah. Bile akaun dah bukak, terus mintak untuk pakai online banking dan terus transfer duit yang dah dimasukkan ke dalam akaun personal kite. Lepas tu pulanglah duit tu pada orang yang berkenaan. Itulah yang aku lakukan🙂

Selain itu, wujudkan juga catatan perbelanjaan keluar masuk. Gunakan Microsoft Excel. Paling malas pun, buat duit in dan out serta description ringkasnya. Tu je. Pakai formula tambah tolak je pun. Dan wujudkan juga buku catatan kewangan. Ini digunakan untuk mencatat sementara kita dapat jumpa dengan komputer.

Satu fail kertas kewangan juga hendaklah diadakan. Simpan segala resit dan hal-hal kewangan dalam fail tu.

Ni tips basic je. Dah dapat buat ni, usahalah untuk tambahkan lagi kesistematikannya lagi🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: