lepak kat office akak

Arini aku bertugas sebagai kerani di office akak aku. Actually takdelah wat keje sgt pun. Sgt sikit keje yg aku wat. Tapi aku dapat rasakan betapa bestnyer bile wat kje di office instead of wat kat umah. Kenape?

Kat office ni kerusi sampai kepale leh sandar. Pastu ade aircond walaupun tak kuat sangat dan meja yg sngt besar. Walaupun pc bukak, masih boleh menulis kat dpn nih. Kalau kat bilik aku or umah sewa aku. If laptop dah ade di atas meja, mane ader ruang dah nak menulis apa2.

Tu pasal aku macam nak beli lagi satu meja kat umah sewa aku. Hehehe. Kat ruang tengah office akak aku ni ade 4 meja yang masih kosong. Kerani @ receptionist pun hanya akan masuk sorang mule bln 7 ni. So ade meje kosong lagi 3. Best gak tu. Leh aku menyemak satu meje.

Tadi aku baru menjawab 2 panggilan berturut2..tak smpat abeh cakap yg satu..yg kedua dah berdering dah..echeche..bzlah kunon..best gak if ade kerani kan..leh suruh die wat air ker..jawab tipon.tlg faxkan..tlg itu dan tlg ini..wah..brangan..ni manelah despatch tak smpai2 lagi nih..

Kat depn meje aku duk ni plak..Ade bunge yg lagi tinggi dari aku kot..cstomer akak aku yg bg..pergh ! Ni lah lambang keuntungang yang die akan dapat kot..Hahaha..Ameen..

Malam tadi aku dah postkan preview percuma ebook aku kat forum Wang Cyber (WC). Ade gaklah 2,3 orang yg respon cakap nak bace free report aku tu. Oklah tu. Ade smangat sikit aku.

So, tipsnya ialah, untuk kekal bersemangat, cube capai kejayaan2 kecik. So barulah terus bersemangat.

Pagi tadi gak aku dah msg 2 orang MLM yg aku jumpe smlm. Aku cakap yang aku tak berminat lagi nak join diorang. Ni sms yg diorang balas pada aku.

Tuan Badrul : Terima kasih, cos luangkan masa smlm. penerimaan dan penolakan normal bagi bisnes. apa2 pun thanx. ( mamat ni baru umur 21 tahun kot. Smalam die cakap income die stakat petang ari tu dah RM800)

Tuan Akmal Dahlan : Em.xpelah. x dapat dinafikan yg i frust gak. Sbb u ada potensi utk bantu orang lain, diri u, n family. i tot boleh b in 1 team dgn u.em xpelah. maybe u tak nampak lagi. if tebuka pintu hati nanti give me a call (ni kawan undang. die ni mmg otai mlm. Cube tgk ayat die. Appealing gile kan?)

Mmg ader rase cam terlepas peluang gak. Tapi aku takleh ikutkan ati. Duit simpanan aku pun tak cecah pun RM1,000 skrg. Sem dah nak bukak dah. Mmg sng nak wat duit kononnye. Tapi aku dah ade pengalaman juga wat yg sistem pair cam ni. Tak berhasil sgt pun. BTW, aku dah cek pendapat ust Zaharuddin pasal MLM ni. Dan ada beberapa perkara yg aku rasa tak menepati kehendak Islam. Lagipun, produk syrkt ni just macam nak menghalalkan nak biakkan duit. Yerla, sekali join jadi member  terus nak letak 10k dsb,  bukan nak pakai produk pun. Just utk buat duit dan suruh orang len pun letak duit byk2 camtu.

Nampak sgt wat krn duit dan bukan kerana kebagusan produk tu. Lagipun mmg aku ade azam taknak join apa-apa MLM dah. Alhamdulillah. Aku lepasi jugak ujian ini.

Alamak. Nyaris2 gak dah kene marah tadi..Nasib baik aku adik bos kot. Haha.Ala..Tak lame lagi adelah tu aku kene marah. Ok2..Sambung balik..

Smalam yang si Akmal tu ade cite. Dia ni wat printing, design dll. Sampai design utk mercerdes (betul ke aku eje nih?) pun die dapat.Die skali dapat puluh2 ribu..Ade yg 15 ribu. ade yg 30 ribu. Kadang2 printing tu just booklet kecik jer pun.

Urm ..Aku plak bilelah nak merasa income yg macam tu punye ribu riban. Yerla…Stakat buat talk kecil-kecilan tu, brp la sgt. Ribu pun tak cecah. Yerlah, net profit sekali talk pun brp sen sgt.Nanti kite pk kan idea utk buat duit yg betul2 byk k? hehe

Tadi gak aku smpat jenguk forum Duit Mania. Aku tak habiskan pun lagi bace buku tu. Nipis je pun. Memang dah meriah forum tu. Dan org len ramai dah advance2 gile dah. So, if aku nak berjaya, aku kenelah sentiasa libatkan diri dalam forum tu. Dan kene bertindak ! ni squeedo pun aku tak tau menatang ape ntah..

Tadi gak aku dah start satu posting pasal nak merancang idup kononnyer. Aku pun tulislah tahun dan umur aku. Tu ok lagi, kirenye macam mase aku utk idup lame lagi. Kalau panjang umurlah. Dan aku tambah kat sebelah tu, umur mak dan ayah aku. Dan makin betambah angke tahun tu…Hati aku sedikit sebak. Tengok pada umur aku dan umur parents aku. Tinggal berapa tahun sgtlah aku akan dapat melihat mereka. Ini pun aku layan diorang tak sebaik yg aku mampu dan patut lakukan.

Aku dapat bayang betapa cepatnya aku tak lama lagi akan jadi yatim piatu. Sedey…Ni if betul parents aku pergi dahulu daripada aku. Tapi mgkin juga aku yang pergi dahulu. Esok lusa pun belum tentu aku masih dapat terus melihat dunia ini. [pastu ade ati lagi nak wat maksiat ek !]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: