pemuda umno yg pandai dan bijaksana !

kita semua dah tahu yg khairy telah dipilih oleh para perwakilan sbg ketua pemuda umno yg baru dgn majority besar !!! kita semua sedia maklum khairy telah didapati BERSALAH terlibat dalam rasuah.

adakah para pemuda umno [majoritinya] menerima dan dengan bangganya melantik seorang PERASUAH sebagai pemimpin mereka?

yerla..if undi mukhriz mgkin tak dpat apa2..tapi if undi orang len mgkin dapat 1 ribu ke..3 ribu ke..so..sndiri mau igtlah..yg pnting duit dapat kan? perasuah atau tak pedulik ape !

takpelah..sume ni ade direct relationship dgn pembangkang..semakin lemah dan rosak imej pemuda, makin dekatlah hati pembangkang di hati rakyat..

kite tgk sama ada muhiydin akan menghadapi nasib yg same dgn mukhriz..yerlah..time pencalonan..diorang lead jauh ke hadapan.time pengundian..tersungkur teruk !

umno2..

ucapan najib

skrg dah pkl 3.53 am..aku tak tdo lagi..baru siapkan summary utk chapter bagi buku “From Good to Great”..ni utk OB subject..so..utusan dah leh bace yg ari ni punyer..

dari ape yg diucapkan najib, aku sedikit gembirala..sbb die arise issue2 yg dah lame org cdangkan tapi die tak pnah pun respon sewajarnyer.. skrg ni dah hampir pasti die jadi org no 1 dalam negara..so branilah sikitkan nak bersuara..

so..harap2 ia bukanlah sekadar kata2..kite tgk sejauh mana ia disertai dgn tindakan..nk tgk lepas ni sejauh mana barisan kabinetnye selepas rombakan dibuat…

if dlu2..igt lagi beberapa kate2 manis pm kite skrg nih..

  1. time b4 jadi pm..die pernah lancarkan kempen hapuskan dadah..bsar-besaran dgn target yg besar..tapi lepas tu..senyap..sepi..
  2. time jadi pm..rakyat jelata sambut baik slogan “bekerja bersama-sama saya..bkn utk saya”..wat lawatan mengejut ke satu agensi kerajaan..kuarlah kat muke dpn surat khabar..tapi kesannya skarang? mcm tun m dulu..die kanalkan slogan “malaysia boleh”…ia masih menjadi pembakar semangat buat semua rakyat malaysia sehingga kini..
  3. lepas menang pilihan raya baru2 ni..pm kate nak suruh sume menteri kabinet declare harte..so skrg ape cite? tgk2..kerajaan negeri slangor yg mulekan..declare harta sume exco termasuk menteri besar dier..
  4. tak lame dulu gak..pm naik train pagi2..naik star lrt dan komuter..[cubela naik putra ker..baru rase sardin betul time peak tu]..leps tu comment itu dan ini..skrg ape tindakan yg dah dibuat..dah dkt setahun dah kot..boleh tak kite katekan ni publisiti murahan jer?

k la..bykla plak memburuk2 kan die..ish2..dose byk tak nih yg aku kene tanggung..udah2 ler kf..

tak bai. betapa tertindasnya umat islam..

emosi aku sangat terganggu bila aku tgk or terkenangkan pasal peristiwa takbai…ari ni the star ada siarkan gambar tu lagi..peristiwa yg berlaku pada tahun 2004 dimana 78 orang Islam dibunuh begitu sahaja..

mereka diikat tangan kebelakang, ditanggal baju, selipar dan ditiarapkan ke atas jalan..kemudian mereka dipijak, disepak dengan but tentera..diorang bukannya bersenjata apa pun..tapi tentera yg lengkap bersenjata pulak yg diarahkan utk mengawal diorang..

takbai-21

mereka dibunuh beramai2 dengan meletakkan mereka dalam keadaan meniarap di dalam lori dengan tangan yg masih terikat kebelakang dan ditindih2 seboleh mungkin…alangkah zalim dan bodohnyer tentera2 thaiand ni !! thanan2 tu mgkin menjerit, menangis, meraung sbb kesakitan..tapi siapalah yg peduli..

nyawa mereka ditamatkan begitu sahaja..dibesarkan berpuluh tahun sehingga menjadi pemuda, kemudian mereka dibunuh dengan sekelip mata…mereka dilayan sperti binatang..

aku tgk gak video tadi camne diorang di masukkan ke dalam lori.oh..tersentuhnyela ati ni..

bayangkan jika umat islam di thailand tu kaya raya semuanya. tidak mgkin mereka dilayan sedemikian rupa.itulah pentingnya umat islam ada kekuatan ekonomi..dan salah satu langkah penting utk mencapainya adalah menerusi perniagaan..

tan sri khalid – tegas dan yakin

walaupun aku mmg ade tak stuju dgn beberapa tindakan die..tapi tu tak menghalang dari utk aku agak respect dgn personaliti dier..die sntiasa yakin dgn apa yg dia buat dan aku percaya ini semua kerana dia teliti dalam setiap tindakannya.

dulu beliau dgn konstreversi tentang pmbukaan UiTM kepada non-bumi..ketika itu, UiTM ada menguar-uarkan untuk menyamannya. dan beliau brkata, “silakan!”

khalid_ibrahim_new_new

kini beliau diasak bertubi-tubi dengan dakwaan salah guna kuasa @ rasuah..ia berkaitan dgn lembu qurban dan penyelenggaraan kereta..ini extract dari mstar..

“Saya bukan manusia boleh digertak sesuka hati”

“Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu,”

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

untuk berita lengkap, klik di sini

slain dari personaliti tersebut, kita dapat lihat di bawah pentadbiran beliau di slangor,

  1. air percuma diberikan.wlaupun sedikit..tapi utk sesetengah isi rumah, mereka tidak perlu bayar apa2..tu mmg dah kira percuma betul !! setiap bulan, kerajaan slangor kene belanja juta2 utk mende ni..tapi diorang dapat sustain lagi..bkn sng nak wat nih !!
  2. elaun guru kafa dll dinaikkan..lepas diorang wat..baru ade pentadbir lain yg ikut..
  3. tentang proses pengundian utk ajk masjid
  4. tentang takaful kepada semua warga emas di selangor
  5. dll.byk lagi…

dato khir toyo mmg skrg bertubi2 attact diorang..tapi persoalannya, adakah beliau suci bersih daripada sebarang penyalahgunaan kuasa…kita yg tak deal dan berusan dengan beliau, dengan projek tender, tanah dll bukanlah org yg selayaknya memberikan testimonial..

tapi aku pernah je dgr first hand experience dgn org yg pernah deal dengan dier..

oklah..tu jer aku nak share..kan bagus kita ada ramai pemimpin yg mempunyai bisnes minded, ikhlas, telus, pandai dan membantu rkyat dgn sepenuh hati..cthnyer macam tun m..my idol..hohoho..

org kenal msia sbb tun m..tapi skrg? dan mggu lepas tun berucap di cambridge..tapi pemimpin kita skrg ada tak dijemput oleh universiti terkemuka utk aktiviti sedemikian ?

p/s:gile deviate2 post ni…hoho..yerla..bkn slalu post tentg politik2 nih..hehehe