The best ever skool…hehe.. (so far lah)

Semalam aku diberikan peluang untuk berikan talk di sebuah sekolah menengah di Rawang. Aku pergi seorang diri tanpa ditemani sesiapa pun. Dalam pukul 8 pagi, talk dimulakan. Ia berakhir sekitar pukul 1 petang dengan rehat lebih kurang 30 minit di tengah-tengahnya.

Bile tengok tentatif program pun aku dah cuak sebab bayangkan, diorang kene dengar aku bagi talk 3 jam secara terus menerus dan rehat 30 minit dan sambung lagi dengar untuk 1 jam 30 minit selepas itu. Tengah-tengah hari tu. Bukan ada air cond pun.

Ini juga merupakan talk aku yang paling panjang duration yang pernah aku buat. Dan ada satu slot yang memang aku tak pernah sampaikan sebelum ini iaitu tentang teknik belajar. Aku pada mulanya ingat, inilah talk yang paling teruk aku buat disebabkan pelbagai faktor di atas.

Tapi rupa-rupanya, alhamdulillah. Inilah talk yang aku paling puas hati dengan penyampaian aku dan juga dapat peserta yang terbaik pernah aku jumpa. Diorang kira beri perhatian, supportive, aktif, dan ceria. Salah satu sebab yang menyumbang kepada perkara ini adalah kebanyakan mereka hadir tanpa dipaksa. Program ini terbuka. Siapa yang minat, boleh datang.

Bila aku sampai rumah, aku dapatlah satu email dari student sekolah tu. Di bawah in extract daripada email beliau :

“hai,abg KF…sy pljr dri SMK *******…hehe..sronok la cramah abg pg tdi..x rugi sy dgr..hrp2 nnti abg dtg lg sek sy..”

Di bawah ni aku share kan dengan korunk pic aku sempat tangkap ari tu. Ni aku tangkap dari depan. Name pun datang sorang. Nak mintak cikgu yang tangkapkan gambar aku seganlah pulak. Huhuhu.

100_1402Pada 23 hb (Selasa) pula, aku diberi peluang buat talk di sebuah sekolah di Ampang. Yang ini aku pergi dengan Pian. Thanx yer Pian sebab sudi teman aku. Untuk sekolah ni pun, aku boleh tahanlah puas hati. Tapi di luar dewan ni pun ada dalam 1 per 5 lagi student duk borak-borak, lepak-lepak, baca surat khabar🙂

Kat bawah ni gambar yang Pian tangkapkan keadaan di dalam dewan.

100_1382

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: