adsense. boleh ke wat duit dengannya?

adsenseramai org agak skeptikal tentang google adsense ni..leh ke buat duit? pastu ada pula di antaranya yg mula mecadangkan yg local punye spt nuffnang (local punyer) plak..

aku pnah gak tanye mende ni kat sorang IM ni..die pun mmg cakap skrg adsense dah takleh wat duit..dan ade lg sorang IM cakap..leh wat duit tapi if page kite tu beribu2lah..macam portal mudah tu ker..lehla wat duit..

tapi if stakat wat blog seketul…jgn mimpilah nak wat duit ratus2 dolar dari blog tu jer..

itulah kate mereke…tapi memandangkan aku dah beli buku tip adsense, aku nak try gak..walaupun aku pernah failed wat adsense nih..hohohoho…dulu igt lagi..nak compete ngan putra konon..tapi satu klik pun aku takdapt kot..hohoho..

tapi takpela..aku nak merase gagal sekali lagi dalam adsense nih..aku dah tmpat satu domain dah..esok luse dapatlah kot..tapi bukan aku reti pun nak setup blog..so kene tunggu org lenla pulak setupkan..oh.kene kuar duit lagi…

tak bai. betapa tertindasnya umat islam..

emosi aku sangat terganggu bila aku tgk or terkenangkan pasal peristiwa takbai…ari ni the star ada siarkan gambar tu lagi..peristiwa yg berlaku pada tahun 2004 dimana 78 orang Islam dibunuh begitu sahaja..

mereka diikat tangan kebelakang, ditanggal baju, selipar dan ditiarapkan ke atas jalan..kemudian mereka dipijak, disepak dengan but tentera..diorang bukannya bersenjata apa pun..tapi tentera yg lengkap bersenjata pulak yg diarahkan utk mengawal diorang..

takbai-21

mereka dibunuh beramai2 dengan meletakkan mereka dalam keadaan meniarap di dalam lori dengan tangan yg masih terikat kebelakang dan ditindih2 seboleh mungkin…alangkah zalim dan bodohnyer tentera2 thaiand ni !! thanan2 tu mgkin menjerit, menangis, meraung sbb kesakitan..tapi siapalah yg peduli..

nyawa mereka ditamatkan begitu sahaja..dibesarkan berpuluh tahun sehingga menjadi pemuda, kemudian mereka dibunuh dengan sekelip mata…mereka dilayan sperti binatang..

aku tgk gak video tadi camne diorang di masukkan ke dalam lori.oh..tersentuhnyela ati ni..

bayangkan jika umat islam di thailand tu kaya raya semuanya. tidak mgkin mereka dilayan sedemikian rupa.itulah pentingnya umat islam ada kekuatan ekonomi..dan salah satu langkah penting utk mencapainya adalah menerusi perniagaan..

sam bagi aku ni..

sam adelah buat ala2 award gitu..so ..die bagi aku ni..

tokf

thanx yer sam !!

yes ! aku dah bercakp benar.

tadi aku kuatkan smangat dan aku msg sume org yg beli jeans aku ..tapi tak ramai pun yg aku simpan lagi nombor diorang..aku cakaplah yg mende tu bukan ori japan.mgkin dari hongkong..dan cakap sorila ngan diorang..

dgn sume pnjual utame aku pun..aku dah cakap dah ngan diorang..dan ni msg pertama dari customer aku yg aku dapat lepas aku send msg tu..

“its okay.adat org baru nak meniaga.jnji kita jujur. if nak stock crocs murah roger aku”

okla tu kan? tapi yg lepas2 ni aku taktaula diorang nak reply aper..hohoho..

k lah kali ni nak share gambar aku pegi metro parking ari tu plak..ish..takde kaitan tul ngan pos ni..takpela k 🙂

100_0511owh..aku dapat lagi satu msg..ni mmg marah betul plak..hoho..ape die kate? ni dier

“mane leh camni.ari tu u beria cakap ori japan.kalau camni dgn harga XXX aku blh dapat gred satu thailand kepala kain lagi”

btw..smpai skrg pun aku taktau kepale kain tu ape lagi..hohoho..so ..aku dah reply dah msg dier.so..the worst aku akan pulangkan balikla duit diorang.. takpe..no pain..no gain !

talk di sk selayang baru 2

ari ni pagi ade kelas eco macam bese..lpas jumaat..aku dll pegi usj utk interview tokay old taste white coffee ipoh..pastu aku terus ke umah kak ji solat jap pastu terus ke sk selayang baru utk talk.

dah lame tak bg talk dpn bdk upsr..ade gakla telatah2 diorang yg menarik..huhu..tapi skrang dah penat sgt..so aku akan cite lanjut di posting lain k..btw..kat sini aku nak share gmbar aku dalam air di pd..sabqi pye kamere dan die yg tlg amikkan..

thanx yer sab !!

air

dapatkan cash seblum bg customer barang. bukan cek !

tips kali ni ..aku rase tak penting sgt sbb if korunk dah wat bisnes dan daha kene skali..akan terus blajar..tapi aku cite gaklah..sbnrnyer saje nak nak tunjuk yg tow day float tu pye figure..huhuhu (mmgla aku boleh edit figure tu..tapi ikut korunklah nak pkir tu betul atau tak..ala..tu baru revenue jer..profit mgkin brapelah sgt..)..

okla..tipsnye ialah..sntiasa dapatkan bayaran on the spot sebaik sahaja pelanggan tu dapat barang..dan dpatkan bayarn dalam bentuk cash dan bukannye cek..macam cth kat bawah ni..aku dpat melalui cek dan cek tu..die masukkan dalam mesin..so inilah akibat die..mmg current balance duit tu dah masuk..tapi tak available lagi..duit tu aku tak boleh gunakan lagi..ia masih “floating”..dan ini mendatangkan masalah yg sgt sgt sgt bsr utk aku..

sbb aku dah wat order..dan ada pinjman yg aku perlu byar dll..so sume yg len dah terjejas disebabkan mende nih..dan moral lagi satu..jgn ingat kite konfem akan dapat duit tu selagi duit tu tiada di tangan..sbb customer tu mgkin tak jadi beli dlll..so if kite dah tempah barang ngan supplier tapi kite bayar lambat..so tu dah jejaskan reputasi kita di mata supplier..

jadi..aku terpaksa bergerak ke backup plan..aku pun msglah ramai2 kawan2 nak pinjam duit (sememangnya langkah ini amat memalukan !!!) ..tapi aku yakin org yg pernah bg pinjam duit kat aku tak pernah kecewa atau menyesal..gemira tu mungkin !..

pada round pertama..aku silap..sbb aku mintak nak pinjam satu ribu terus..so agak besar jumlahnyer..setelah gagal..aku gune strategi kedua..aku nak pinjam rm500 sahaja..alhamdulillah..mission accomplished..insan yg begitu baik hati utk kali ini ialah tuan anwar redhwan dan tuan saiful aizat.. jasa mu berdua aku tak lupe.. 🙂

tapi mission aku meminjam kali ni agak mudah sbb aku pinjam tak smpai seminggu..dan mmg ramailah kawan aku yg reply pun tak sanggup ..yerla..sape la nak dekat dengan org yg mintak nak pinjam duit !! btw..aku nak pesan kat korunk..jangan sesekali bagi orang pinjam duit..korunk akan menyesal !

Account type: Wadiah Savings Account
Account number: 162405000950
Account name(1): KHAIRUL FADHLI BIN A
Current balance: RM3,030.29
Available balance: RM510.29
One-day float: RM0.00
Two-day float: RM2,520.00
Late clearing/Outstation cheque float:

RM0.00


kisah cium-ciuman

Kini bercium di dpan org ramai di tempat yg terbuka bukanlah pelik ! saje nak share..satu ari time bulan pose baru ni.. aku pegi mid..time bratur nak beli tiket wayang di gsc tu, ada satu pasangan melayu yang dalam lingkungan awal 20 an..perempuan itu kelihatan begitu sopan dengan tudungnya dan wajahnya yang putih gebu..

di belakangnya adalah pasangannya yang tidak lekang2 dari memeluk erat tubuhnya dan mencium pipinya beberapa kali tanpa segan silu..perempuan itu hanya tersenyum dan merelakannya..

sambil sebelah tgn si lelaki tu memegang beg pakaian, sebelah tangannya lagi mmg tak dapat duduk diam..aku pasti mereka bukanlah pasangan suami isteri..pasangan suami isteri tidak akan melakukan perbuatan sedemikian berdasarkan pengamatan aku…lagi pun mereka masih terlalu muda..

ketika di dalam train komuter dalam perjalanan ke mid valley pun, ada juga si gadis melayu yang beberapa kali mencium leher pasangannya..

ikutkan hati, ingin je aku tanya kepada kedua-dua pasangan ini, “ni isteri abg ek?”..tapi mmg aku tidak melakukannya kerana iman yg begitu lemah ini…

aku percaya ini bukanlah pengalaman aku seorang sahaja..ramai di antara kita pernah meilhat kejadian seperti ini..puasa ataupun tidak bukan soalnya bagi mereka..oleh itu, bulan puasa atau pun tidak, tidak mendatangkan apa2 makna kepada mereka.

ketika di tingkatan 5 dulu pun aku pernah menyaksikan babak pasangan kekasih bercumbuan sehingga mengalir air liur daripada mulut mereka..yang si gadis masih memakai baju rasmi sekolah serta lengkap bertudung dan si lelaki masih lagi berseluar sekolah coklat tu..

sepanjg perjalanan dari seremban ke kl tersebut, mereka tidak lgsung ‘berehat’ daripada bermesra-mesraan..itu belum kira pasangan melayu yg time naik escalator di tgh2 kompleks membeli belah pun boleh berpelukan dan berciuman..hurm…

sebagai seorang lelaki, aku pernah merasakan begitu pelik mengapakah begitu mudah perempuan membiarkan diri mereka diperlakukan sedemikian rupa..padahal si lelaki itu akan meninggalkan mereka pada bila2 masa…tidakkah mereka merasa tanggugjawab utk menjaga kesucian dan maruah diri mereka daripada diratah oleh sang lelaki?

namun itu dulu..kita aku tidaklah pelik lagi…

apa yang aku dapat rumuskan di sini adalah :

  1. jika perempuan itu kelihatan berwajah baik, lawa tidak sesekali bermakna akhlaknya juga baik begitu juga sebaliknya.
  2. dah aku pergi ke tempat seperti panggung wayang, jadi aku akan bertemu dengan manusia2 seperti itulah. aku bukannya sedang berada di masjid !
  3. sesungguhnya, dengan keadaan aku yg masih single ini mampu mengurangkan dosa aku dari terjebak dengan kelakuan yang jelak dipandang orang dan bakal diberikan seksaan oleh Allah di akhirat kelak
  4. lemahnya aku sehingga tidak mampu menegur langsung perbuatan keji mereka tersebut
  5. jika aku tidak mampu nak ubah orang lain, orang yang pertama perlu aku ubah adalah diri aku yg tidaklah sebaik mana ini..bnyak perkara yang perlu aku perbaiki pada diri ini

ps:pasangan yg mmg kejenyer bercium je time bratur beli tiket wayang tu..kite faham2 jela ape yg diorang akan wat dlam panggung yg gelap dan sejuk tu berjam-jam lamanya !! smoga kita tak dapat anak yg macm tu nanti ek 🙂 murah sgt!