UZAR reply comment aku dan aku dah beli buku Untukmu Umat

Tadi aku dah ke pejabat alaf 21..ade 3 staff disitu dan seorang je bertudung dan yg bertudung tu yg paling kerek bagi aku..cakap ngan aku pun hampir tak pandang aku lgsung..yer..mgkin die sibuk tgh wat keje len..

tadi aku dpat diskaun 15%..utk sebuah..aku tanyerlah beli brp dapat diskaun lagi byk..die kate mmg 15% unless utk org yg menjual buku..dulu aku igt lagi..datang dilayan dgn baik..mgkin sbb tu aku datang sebagai seorang bisnesman yg nak jual buku ditambah dgn pakaian yg lebih smart..

tapi ari ni aku pakai biasa2 jer..datang pun macam org tak berduit..so..ni la kot layanan yg patut aku dapat (bagi dier)..

oklah kf..nanti ko bile layan customer dan ingtkan jugak bakal2 staf ko.bile layan org..layan yg terbaik..tak kire dier berduit or tak..kite tak tahu siape sebenarnyer org tu..lagipun org tu yg bagi duit kat ko..so kenelah serve the best !

oklah..cukuplah tu..mals nak cite pasal kekerekan die dah..hehe..akhirnyer aku beli 5 bijik jer..igt kalau dapat 30%, nak gak aku beli 10 biji..

seterusnye..aku ade bg comment kat UZAR di blog beliau. Di bawah ni ape yg aku postkan. yang diboldkan ialah ape yg UZAR response..

Salam.

Pertama sekali, tahniah dan terima kasih kepada UZAR kerana telah berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang saya yakin mampu membawa manfaat yang sangat banyak kepada para pembaca.

UZAR, disini saya ingin cadangkan dan minta jasa baik UZAR untuk berkongsi dengan para pembaca tentang tips-tips menulis serta menerbitkan sebuah buku.

Jika boleh biar dari A-Z. Cara memilih tajuk, menyiapkan karangan, menerbitkan dll. Saya percaya UZAR telah mempunyai pengalaman yang luas tentang asam garam di dalam dunia penulisan ini.

Diharapkan dengan perkongsian UZAR kelak akan melahirkan lebih banyak penulis dan buku-buku yang ilmiah yang bermanfaat di pasaran.

Maklumlah, lihat sahaja bilangan pembaca blog ini. Jika 1% pun mempunyai keazaman untuk menjadi pengarang buku yang bermanfaat, berapa puluh dan ratus buah buku yang akan lahir daripada panduan yang UZAR berikan.

Terima kasih di atas perhatian dan bantuan UZAR. Semoga kita semua dipermudahkan urusan yang baik.

UZAR : cadangan yang bagus..cuma buku saya baru 6 buah, rasanya saya sendiri masih mentah lagi. dan penerimaan masyaarkat pun masih belum berapa jelas. Mungkin, kena tunggu sikit lagi, inshaAllah, mungkin dah 15 buah nanti dan dah tahu penerimaan masyarakat dengan lebih jelas, baru rasa ada autoriti sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: