tgk muvie + beli pop corn + pi jalan-jalan

Semalam saya pergi menonton movie di bukit raja bersama seorang kawan. Apa yang saya nak share disini ialah memang saya rasa membazir tengok movie tu sebab kene bayar RM10 untuk tiket. saya ingat RM6 sahaja. Tu mungkin okey lagi.

Dan yang menjadikan terasa membazir ialah sebab saya tak enjoy sangat pun movie tu dan tiada apa nilai-nilai dan perkara baru yang boleh saya pelajari daripadanya. Tengok pun time senja. So ada keluar untuk pergi solat.

Saya pun bukanlah nak tengok sangat cerita ni. Sebab lagi excited nak tgk transformers. Tapi taklah seexcited mana juga. dan sepatutnya, memang tak tengok movie pun takpe sebab kawan tu sebenarnyer nak makan-makan je pun okey.

Time tengok movie tu plak, saya beli pop corn dan air. RM8,20 belanjer. Actually kawan saya pun taklah nak pun makan pop corn tu. Tapi saya beli sebab dah lame gak tak makan pop corn yang bercaramel banyak🙂 Kesudahannya, pop corn tu tak habis pun sehingga saya sampai rumah di Gombak !

Perjalanan hari ini walapun dah ada sedikit manfaatnya iaitu menghantar sedikit barang ke rumah sewa, namun matlamat sebenarnya untuk mengambil seluar dan menjualkannya kepada abgan saya tidak tercapai. So, kos semua perbelanjaan hari ini saya tanggung sendiri. Ingat dapat dibayar semuanya oleh hasil jualan sehelai seluar tersebut.

Jadi kesilapan di sini ialah, saya berbelanja dengan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lagi akan membayarnya semula kepada saya..

Dan post kali ini adalah cubaan untuk mengformalkan penulisan blog ini untuk tatapan umum. Sememangnya gagal dan teruk Dari segi bahasa melayunya, keselesaan saya dan pelbagai lagi.

Jadi, saya rasa elok blog ini terus kekal sebagai blog dari saya untuk kawan-kawan sebaya. Nak cerita kisah saya sebagai peringatan kepada saya terutamanya dan berkongsi dengan rakan-rakan. So, dalam tempoh terdekat, ia akan dijadikan tidak mesra search engine kembali kot🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: