Kisah-kisah minggu lepas

Dah lama aku berhasrat nak tulis post di blog ini. Tapi memang takde motivation sangat sbb few jer visitor setiap hari. Tapi salah diri aku gak sbb tak promote. Oklah, aku akan coretkan kisah yang agak panjang kali ni. Selagi Kak Jah tak datanglah sbb if die datang, aku kene gerak dah pi naik genting. Yippie !!!

Alhamdulillah. Semalam aku dah dapat semua design untuk ebook aku. Kat bawah ni design utk ebook utama. Okey tak? Bolehlah kan. Ebook ni dijangka dilancarkan pada 23 Jun. Free report pula akan dilancarkan pada 31 Mei. Tapi ia mesti disiapkan esok sbb nak bagi dekat prospek JV.

eco1_a

So far tiada pun prospek rakan JV yang dah kata setuju nak tolong promote. Takpelah, if diorang tak berminat, kenelah gune cara lain. Untuk report percuma, aku akan berikan 6 tips daripada ebook aku tu.

eco2_a

Hopefully ebook ni akan dapat dilancarkan mengikut jadual walaupun pelbagai perkara yang tak siap lagi. Mungkin aku nak jual ebook ni terhad untuk 1,000 orang jer. Okey tak? Hehehe..

Smalam aku pegi raptai konvo. Pegi sorang-sorang. Sementara tunggu taklimat tu, aku baca satu buku library ni. Byk gaklah dapat baca. Lepas tu singgah rumah sewa jap dan terus balik ke rumah. Kat rumah makan nasi lemak pagi tadi. Yerla. Memang aku tak makan dari pagi. Malamnya plak mak dan ayah ajak pi makan kat seri gombak. Aku makan makanan rasmi aku iaitu nasi goreng padprik ayam. Selain tu, makan sate dan jugak ari fresh orange. Kat tempat sate tu ada sorang gurl ni. Cun. Besenye dia takde. Tapi sekrang tgh cuti kot. So bolehlah tlg family dia di gerai tu.

Hari Jumaat ari tu aku ade merasa bawak Spectra. Dah pernah bawak sebelum ni. Tapi cume nak cakap, lagi best kot bawak Myvi. Tapi mungkin gak sbb Myvi tu baru. Tapi mgkin aku dah cukup satisfy ada Myvi. Tapi sebenarnya plan nak beli Saga jer. Impian nak Vios or Harrier. Tak pernah aku naik Harrier lagi. Tapi Harrier baru dah takde kot skrg. Sume tu angan-angan jer.

Khamis plak aku buat talk di Serdang. Terima kasih berbanyak-banyak kepada Undang kerana sudi teman aku dan dia juga ada membantu dan handle slot. Memang sangat mencabar dan satu pengalaman baru buat aku. Yerlah. Bercakap di hadapan 450 orang pelajar darjah 2 dan 3 sememangnya berbeza !

100_0982Mule-mule tu siap salah sekolah lagi. Perbezaan antara nama 2 skolah tu hanyalah “Sri”. Nasib baiklah Undan sememangnya pakar di area sana. So Undang berjaya juga memastikan kami sampai di sekolah tu tepat pada masanya dan tidak lewat.

100_1001

Dan kali ini ialah kali pertama time aku bg talk ada orang menangis. Actually takde intention pun nak buat diorang menangis. Tapi diorang menagis pun sbb video clip yg aku tnjuk. Bukanlah sebb aku yg provoke. Undang juga ada beri beberapa comment tentang talk aku untuk aku perbaiki lagi untuk talk-talk pada masa yang akan datang. Jumpe nanti die akan bagitahu banyak lagi. Thanx yer undang.

100_1007

Lepas talk tu, Undang bawak kami ke JJ untuk menjamu selera di Pizaa Hut.Baru aku tahu kat sane leh refill air free. Ais kosong juga free. Yey !! Hehehe.

100_1008

Oh yer. hari ni gak agak best sbb aku tdo lambat. Dalam pkl 3 pagi. Tapi lepas solat subuh [mak kejut], aku dah tak tdo. Aku ready utk talk dan bg talk shinggalah malam. Aku tdo dalam 1,2 pagi gaklah. Then hari jumaat tu barulah aku ada tido siang. Sebelum pegi solat dan juga lepas solat.Kirenyer, boleh je aku kurangkan tdo. Asalkan aku ada matlamat yang jelas, passion dan jugak bila aku memang dah tiada pilihan.

100_1006Tapi sebenarnya, kalau aku kurang tdo pun, aku ni sangat sangt sangt kerdil if nak dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih hebat dan sibuk. Setiap tindakan diorang jugak lebih significant, berbondong-bondong pahala, impak terhadap puluhan ribu orang dan juga kekal ilmu serta mengalir pahala sebab yang disampai ialah ilmu agama yang dirakam dalam bentuk tulisan , audio mahupun audio.

Untuk kita sama-sama merenung diri kita ni, aku cadangkan kite bace satu post di sini. Terutamanya ayat-ayat last dia. Walaupun pedas tapi bgs untuk kita !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: