earth hour – email kepada ustaz zaharuddin

Assalamualaikum UZAR,

Baru-baru ini ramai di antara kita telah menyambut “Earth Hour” pada 28 March 2009. Ini adalah sambutan Earth Hour yang terbesar pernah diadakan di Malaysia. Tujuan utama sambutan ini seperti yang kita ketahui adalah sebagai salah satu kempen menentang pemanasan global.

Tapi adakah kesan positifnya lebih banyak dari kesan negatifnya? Mesej utama dan kesan kepada kempen ini saya percaya tidak sampai sepenuhnya kepada sebahagian daripada mereka yang turut sama meraikannya. Mereka begitu excited untuk menyambutnya kerana kempen hebat oleh individu-individu terkenal pujaan mereka. Disamping itu, inilah peluangnya untuk anak-anak muda mengajak pasangan masing-masing untuk keluar bersama-sama.

Seperti di dalam panggung wayang misalnya, suasana gelap amatlah disukai oleh mereka. Bayangkan sahaja apakah yang boleh berlaku dalam gelap di sekitar KLCC misalnya dan juga tempat-tempat yang lain. Malah, rakan saya turut menceritakan ada di antara kawan-kawannya yang duduk didalam rumah dengan pasangan yang masih belum berkahwin dan menunggu saat untuk lampu dipadamkan. Setelah gelap gelita, mereka pun memulakan “projek” mereka.

Perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan di dalam gelap juga memungkinkan aktiviti tidak sihat yang lain seperti pencabulan secara “kecil-kecilan”. Apalah sangat yang ingin ditakuti oleh si pelaku. Suasana kan gelap gelita.

Saya percaya, sambutan earth hour pada tahun-tahun yang mendatang akan semakin berkembang seperti satu evoulusi yang akhirnya tidak ubah seperti sambutan tahun baru yang disajikan dengan pelbagai hiburan, pergaulan bebas serta aktiviti sampingan yang lain.

Walaupun ada sebahagian kecil daripada kita yang menyambutnya dalam suasana yang lebih islamik seperti keluar ke persekitaran rumah dan mendengar anak-anak memperdengarkan bacaan yassin yang dihafal mereka sambil melihat keagungan Allah, tapi itu hanya satu dalam seribu.

Oleh itu, saya berharap agar UZAR dapatlah memberikan pandangan tentang perkara ini, menghuraikan tentang hukumnya atau mungkin boleh memberikan panduan bagaimanakah menyambut earth hour secara islamik jika ia benar-benar mendatangkan manfaat. Diharapkan dengan pendapat dan panduan yang UZAR berikan dapatlah dijadikan rujukan oleh kami semua.

Terima kasih di atas masa yang UZAR luangkan. Semoga dapat memberikan manfaat kepada jauh lebih ramai orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: