kisah cium-ciuman

Kini bercium di dpan org ramai di tempat yg terbuka bukanlah pelik ! saje nak share..satu ari time bulan pose baru ni.. aku pegi mid..time bratur nak beli tiket wayang di gsc tu, ada satu pasangan melayu yang dalam lingkungan awal 20 an..perempuan itu kelihatan begitu sopan dengan tudungnya dan wajahnya yang putih gebu..

di belakangnya adalah pasangannya yang tidak lekang2 dari memeluk erat tubuhnya dan mencium pipinya beberapa kali tanpa segan silu..perempuan itu hanya tersenyum dan merelakannya..

sambil sebelah tgn si lelaki tu memegang beg pakaian, sebelah tangannya lagi mmg tak dapat duduk diam..aku pasti mereka bukanlah pasangan suami isteri..pasangan suami isteri tidak akan melakukan perbuatan sedemikian berdasarkan pengamatan aku…lagi pun mereka masih terlalu muda..

ketika di dalam train komuter dalam perjalanan ke mid valley pun, ada juga si gadis melayu yang beberapa kali mencium leher pasangannya..

ikutkan hati, ingin je aku tanya kepada kedua-dua pasangan ini, “ni isteri abg ek?”..tapi mmg aku tidak melakukannya kerana iman yg begitu lemah ini…

aku percaya ini bukanlah pengalaman aku seorang sahaja..ramai di antara kita pernah meilhat kejadian seperti ini..puasa ataupun tidak bukan soalnya bagi mereka..oleh itu, bulan puasa atau pun tidak, tidak mendatangkan apa2 makna kepada mereka.

ketika di tingkatan 5 dulu pun aku pernah menyaksikan babak pasangan kekasih bercumbuan sehingga mengalir air liur daripada mulut mereka..yang si gadis masih memakai baju rasmi sekolah serta lengkap bertudung dan si lelaki masih lagi berseluar sekolah coklat tu..

sepanjg perjalanan dari seremban ke kl tersebut, mereka tidak lgsung ‘berehat’ daripada bermesra-mesraan..itu belum kira pasangan melayu yg time naik escalator di tgh2 kompleks membeli belah pun boleh berpelukan dan berciuman..hurm…

sebagai seorang lelaki, aku pernah merasakan begitu pelik mengapakah begitu mudah perempuan membiarkan diri mereka diperlakukan sedemikian rupa..padahal si lelaki itu akan meninggalkan mereka pada bila2 masa…tidakkah mereka merasa tanggugjawab utk menjaga kesucian dan maruah diri mereka daripada diratah oleh sang lelaki?

namun itu dulu..kita aku tidaklah pelik lagi…

apa yang aku dapat rumuskan di sini adalah :

  1. jika perempuan itu kelihatan berwajah baik, lawa tidak sesekali bermakna akhlaknya juga baik begitu juga sebaliknya.
  2. dah aku pergi ke tempat seperti panggung wayang, jadi aku akan bertemu dengan manusia2 seperti itulah. aku bukannya sedang berada di masjid !
  3. sesungguhnya, dengan keadaan aku yg masih single ini mampu mengurangkan dosa aku dari terjebak dengan kelakuan yang jelak dipandang orang dan bakal diberikan seksaan oleh Allah di akhirat kelak
  4. lemahnya aku sehingga tidak mampu menegur langsung perbuatan keji mereka tersebut
  5. jika aku tidak mampu nak ubah orang lain, orang yang pertama perlu aku ubah adalah diri aku yg tidaklah sebaik mana ini..bnyak perkara yang perlu aku perbaiki pada diri ini

ps:pasangan yg mmg kejenyer bercium je time bratur beli tiket wayang tu..kite faham2 jela ape yg diorang akan wat dlam panggung yg gelap dan sejuk tu berjam-jam lamanya !! smoga kita tak dapat anak yg macm tu nanti ek🙂 murah sgt!

2 Responses to “kisah cium-ciuman”

  1. afifsempoi Says:

    bahaye ek?
    hrp jgn la jd kat kite…
    sentiasalah menjaga keimanan..hehe..

  2. kfadhli Says:

    bahaye gakla..hoho


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: