tan sri khalid – tegas dan yakin

walaupun aku mmg ade tak stuju dgn beberapa tindakan die..tapi tu tak menghalang dari utk aku agak respect dgn personaliti dier..die sntiasa yakin dgn apa yg dia buat dan aku percaya ini semua kerana dia teliti dalam setiap tindakannya.

dulu beliau dgn konstreversi tentang pmbukaan UiTM kepada non-bumi..ketika itu, UiTM ada menguar-uarkan untuk menyamannya. dan beliau brkata, “silakan!”

khalid_ibrahim_new_new

kini beliau diasak bertubi-tubi dengan dakwaan salah guna kuasa @ rasuah..ia berkaitan dgn lembu qurban dan penyelenggaraan kereta..ini extract dari mstar..

“Saya bukan manusia boleh digertak sesuka hati”

“Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu,”

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

untuk berita lengkap, klik di sini

slain dari personaliti tersebut, kita dapat lihat di bawah pentadbiran beliau di slangor,

  1. air percuma diberikan.wlaupun sedikit..tapi utk sesetengah isi rumah, mereka tidak perlu bayar apa2..tu mmg dah kira percuma betul !! setiap bulan, kerajaan slangor kene belanja juta2 utk mende ni..tapi diorang dapat sustain lagi..bkn sng nak wat nih !!
  2. elaun guru kafa dll dinaikkan..lepas diorang wat..baru ade pentadbir lain yg ikut..
  3. tentang proses pengundian utk ajk masjid
  4. tentang takaful kepada semua warga emas di selangor
  5. dll.byk lagi…

dato khir toyo mmg skrg bertubi2 attact diorang..tapi persoalannya, adakah beliau suci bersih daripada sebarang penyalahgunaan kuasa…kita yg tak deal dan berusan dengan beliau, dengan projek tender, tanah dll bukanlah org yg selayaknya memberikan testimonial..

tapi aku pernah je dgr first hand experience dgn org yg pernah deal dengan dier..

oklah..tu jer aku nak share..kan bagus kita ada ramai pemimpin yg mempunyai bisnes minded, ikhlas, telus, pandai dan membantu rkyat dgn sepenuh hati..cthnyer macam tun m..my idol..hohoho..

org kenal msia sbb tun m..tapi skrg? dan mggu lepas tun berucap di cambridge..tapi pemimpin kita skrg ada tak dijemput oleh universiti terkemuka utk aktiviti sedemikian ?

p/s:gile deviate2 post ni…hoho..yerla..bkn slalu post tentg politik2 nih..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: